BAB 8

Romance Completed 14815

1 tahun berlalu...

Raina bakal melahirkan anak sulungnya. Sementara Syafiq tidak sabar-sabar menanti kehadiran puteri keduanya. Balqis pula bukan main gembira ingin menyambut kelahiran adiknya. Berkali-kali Raina dan Syafiq menasihati Balqis supaya menyayangi adik yang bakal lahir itu sepenuhnya kerana dia adalah darah daging Balqis sendiri yang lahir dari benih yang sama.

"Comelnya baby..." tidak jemu-jemu dikucupnya pipi si kecil dalam dukungan Raina.

Balqis semakin ceria dengan kehadiran seorang adik. Hubungan Syafiq dan Raina juga semakin erat dengan kehadiran puteri yang diberi nama Elisa itu. Syafiq semakin menyayangi Raina walaupun dia sendiri tidak dapat membohongi dirinya bahawa dia masih belum dapat melupakan bekas isterinya.

"Mama, Elisya lagi comel dari Balqis..." ujar Balqis bangga dengan kecomelan adiknya

Tanpa sedar dia telah merendahkan dirinya sendiri. Raina tertawa kecil mendengar celoteh Balqis.

"Mana boleh, puteri sulung mama ni mestilah lebih comel!"

Raina mencubit lembut pipi gebu Balqis. Balqis ketawa kecil. Syafiq di sisi turut ketawa. Dia bangga mempunyai isteri seperti Raina yang boleh menerima Balqis dan memberi kasih sayang yang lebih sempurna.

Petang itu Datin Sofia dan Datuk Halim datang melawat. Bukan main gembira lagi Datin Sofia mendukung cucu keduanya itu. Dia lebih bangga dengan cucunya yang itu berbanding Balqis kerana Elisa lahir dari perut menantu pilihannya.

"Comel betul anak kamu ni Raina, sama macam mamanya!" berkali-kali ubun si bayi dikucup.

Giliran Datuk Halim mendukung si cucu.

"Mata ikut Raina, Hidung ikut syafiq" ucap Datuk Halim sambil menguis-nguis pipi si kecil yang masih kemerahan. Sesekali bayi itu menguap. Comel.

"Mulut dia ikut Balqis kan atok?" petah Balqis bertanya sambil menarik tangan kiri atuknya.

"Tak samalah, mulut baby lagi comel!" belum sempat Datuk Halim ingin menjawab Datin Sofia lebih dulu mencelah.

Raina dan Syafiq saling berpandangan. Terkejut dengan kata-kata Datin Sofia. Tidak menyangkan Datin Sofia sanggup berkata begitu terhadap cucu yang kononnya disayangi selama itu.

"betul!" Balqis setuju.

Anak kecil itu langsung dia mengerti maksud di sebalik kata-kata nendanya. Dia cukup suka bila adiknya dipuji walaupun dirinya diketepikan. Memang dia suka melihat wajah kecil Elisa dalam dukungan Datuk Halim itu. Datuk Halim turut merenung tajam isterinya yang bercakap seolah-olah ikut tak punya otak. Dengan cucu sendiri ingin dibeza-bezakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience