BAB 7

Romance Completed 14815

"Abang, boleh Raina tanya sikit?"

Raina melabuhkan punggungnya ke atas katil. Syafiq yang baru selesai mandi menoleh ke arah isterinya itu. Menanti soalan apakah yang ingin diajukan Raina. Dia mengangkat keningnya.

"Kenapa abang bercerai dengan isteri abang?" tersentak Syafiq dengan soalan itu.

Perlukah dibangkitkan lagi peristiwa lama?

"Dia curang dengan abang."

Raina isterinya kini, dia berhak untuk tahu. Tidak salah untuk mempertahankan dirinya asalkan Raina mengetahui hal sebenar. Sekurang-kurangnya Raina tahu bahawa dia bukan suami yang mengabaikan isteri.

"Curang?"

Raina menyoal semula. Syafiq angguk. Rambut yang basah digosok dengan tuala yang tersangkut di leher. Sebelum berbaring di sisi Raina, Tuala sudah disangkutkan di tempat yang sepatutnya. Raina mengiringkan badannya menghadap Syafiq. Suaminya itu tegak merenung syiling. Mungkin bermain dengan kenangan lama.

"abang masih sayangkan dia?" sudah hampir 3 bulan mereka mendirikan rumah tangga, tetapi tidak pernah sekalipun Syafiq ingin menyentuh dirinya sebagai seorang isteri. Mungkin Syafiq masih tidak dapat melupakan bekas isterinya.

"Kenapa tanya macam tu?" dia tidak selesa dengan soalan Raina.

Terlalu peribadi untuk mempersoalkan soal kasih dan sayang. Untuk apa sayang kalau dia dipermainkan?

"Raina tahu abang masih sayangkan dia... sebab tu sampai sekarang abang tak pernah sudi nak sentuh Raina,kan?"

Raina kembali menegakkan badannya. Dia turut merenung syiling. Terkedu Syafiq mendengar ungkapan itu. Dia faham apa yang dimaksudkan Raina. Raina isterinya yang sah tetapi dia masih belum menjalankan tanggunjawab zahir dan batin ke atas isterinya itu. Terasa berdosa kerana mengabaikan Raina selama 3 bulan. Malam itu, dia ingin menunaikan tanggungjawabnya. Biar lebih erat hubungan kasih mereka. Dia harus melupakan Mona yang masih bertakhta di hatinya. Mungkin dengan cara itu, dia akan lebih mengasihi Raina dan melupakan Mona. Untuk kali pertamanya mereka bersatu melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Dalam kegelapan, Raina tersenyum bahagia. Dia memeluk erat suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience