BAB 20

Horror & Thriller Completed 451

Bakri mengambil tabung buluh, menarik daun khas yang menjadi penyumbat lubang dan membuka ikatan tangkal yang melilit. Hantu bajang menjelma di hadapannya.

“Betul?” tanya Bakri.

“Aku bukan sahaja pandai mencuri dan beri kau duit. Tapi aku juga boleh bunuh sesiapa yang kau nak. Berikan aku nama,” jawab bajang itu.

“Pergi kerjakan Iqmal Bin Anwar,” kata Bakri.

“Mati?” tanya bajang itu.

Bakri mengangguk pantas.

Situasi diri Iqmal begitu mengerikan. Dia tak ubah seperti mayat hidup.Badannya kurus kering. Mukanya cekung. Tubuhnya berbau busuk. Bila malam dia akan meracau-racau entah apa. Doktor-doktor pakar dari beberapa hospital swasta sendiri kebingungan dan tidak tahu apa sebenarnya penyakit yang dialami Iqmal. Ia benar-benar menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Bila keadaannya bertambah teruk, doktor pakar dari Hospital Pantai itu menasihatkan isterinya untuk membawanya pulang ke rumah.

“Puan, saya nasihatkan puan cari pakar perubatan Islam. Mungkin boleh jumpa mana-mana ustaz yang da kepakaran tu.”

Kata-kata doktor pakar Hospital Pantai itu terngiang-ngiang di telinga Delaila, isteri Iqmal. Dia sukar hendak percaya penyakit Iqmal ada kena mengena dengan sihir atau makhluk halus. Seumur hidupnya, jikalau papa, mama atau adik beradiknya sakit semuanya dirujuk ke hospital. Selepas doktor memberi rawatan maka baiklah. Keluarganya itu tidak pernah kenal air jampi dan sebagainya.

Tetapi kerana sayangkan Iqmal, dia melangkah juga mencari ustaz yang mahir dalam ilmu perubatan islam. Selepas bertanya kepada beberapa kenalan, dia berjaya mendapatkan nombor telefon Ustaz Idris. Dia segera bertemu Ustaz Idris di Madrasah Darul Quran wal Hadis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience