BAB 19

Horror & Thriller Completed 451

Suara itu ketawa. “Kau telah membuat perjanjian dengan aku. kau telah terima aku. Sebab itu abah kau mati tadi. Selagi tiada siapa yang sanggup ambik aku selagi itulah abah kau akan jadi mayat hidup. Jika dia mati pun, mayatnya akan bangkit dari kubur dan pulang ke rumah.”

Bakri menelan air liur.

“Jika kau mungkiri janji, kau akan terima nasib seperti abah kau,” kata suara itu lagi.

Azlan terus menelan air liur. Mukanya pucat pasi.

“Kau tidak akan apa-apa selagi kau jaga dan bagi aku susu dan telur. Aku boleh tolong kau jadi kaya,” sambung suara itu.

“Bagi susu dan telur saja?” tanya Bakri.

“Ya,” jawab suara itu.

“Baiklah,” kata Bakri.

“Aku mahu susu dan telur sekarang,” kata suara itu.

“Baiklah,” jawab Bakri.

Selepas beberapa bulan, majlis perkahwinan Bakri dan Zeti pun berlangsung dengan meriahnya.

Beberapa tahun berlalu…

Bakri meradang. Dia teringatkan kata-kata sepupu Zeti ketika makan malam di rumah mentuanya tadi.

“Kita tak boleh kaya kalau terus kerja dengan orang, Bakri. Kita perlu berani jadi bos! Yang mana lebih baik, ikut telunjuk atau sebaliknya? Kalau tak, sampai kerepot pun kau tak kan jadi kaya macam aku!”

Kata-kata Iqmal itu entah bagaimana menyebabkan ketawa pecah di meja makan itu. Termasuk yang ketawa ialah mentuanya dan beberapa sepupu Zeti yang lain. Dia hanya mampu tersengih.

“Aku boleh balas dendam untuk kau…” Suara bajang bergema.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience