BAB 17

Horror & Thriller Completed 451

Budak itu ketawa riang, menyeramkan.

Bakri terjaga dari tidur. Nombor ekor yang masih tergantung di ingatannya itu cepat-cepat dicatatnya di atas kertas. Segera teringatkan pula kata-kata abahnya semalam. Inikah maksud abahnya itu? Hatinya berasa khuatir pula. Bermacam perkara menerjah fikirannya. Siapa budak itu?

Jam yang membalut pergelangan tangannya sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Dari dalam kereta dia melihat kedai telekomunikasi yang mengambil taruhan haram nombor ekor semakin penuh dengan orang yang mahu membuat taruhan di saat-saat akhir.

Bakri masih teragak-agak. Fikirannya masih memikirkan siapakah budak itu? Hantu ke atau apa? Memberi susu dan telur?

Kata-kata budak di dalam mimpi itu terngiang-ngiang di telinganya. “Nombor tu untuk esok…”

Bakri menelan air liur. Dia menarik dan menghembus nafas keras dan terus menampar stereng. “Lantaklah apa nak jadi. Kalau hantu pun, bagi makan diamlah benda tu. Yang penting aku dapat duit!” Dia keluar kereta dan berjalan laju ke kedai telekomunikasi itu. Sempat membuat taruhan sebanyak RM 2 untuk taruhan enam digit nombor, 6D Toto ketika lima minit sebelum waktu taruhan ditutup.

Pukul 7.30 malam, dia pun memeriksa keputusan nombor ekor pada hari itu. Dia menjerit kegembiraan bila nombor yang diambilnya kena. Dia macam tidak percaya dalam sekelip mata dia sudah ada RM250 ribu ringgit esok!

Telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan telefon daripada Mak Jah itu diangkat.

“Mak, minggu ni saya bagi semua perbelanjaan untuk malis kahwin saya tu. Mak tolong simpan ya? Saya balik…” kata Bakri sebaik menjawab panggilan telefon.

“Bakri …” kata Mak Jah menghentikan kata-kata Bakri.

“Kenapa mak?” tanya Bakri yang mula perasan ada sesuatu yang tidak kena.

Mak Jah menangis di talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience