BAB 13

Horror & Thriller Completed 451

Dia tidak sanggup. Dia mahu berpatah balik semula ke ruang tamu.

“Kenapa?” tanya Mak Jah yang perasan kelibat Bakri. Dia baru sahaja menoleh setelah terasa ada seseorang yang memerhati dari belakang.

Bakri tidak jadi melangkah terus. “Err…”

“Kau ada masalah?” tanya Mak Jah.

Bakri turun ke dapur.

“Kau ada masalah ke?” tanya Mak Jah lagi.

Bakri yang sudah duduk di meja makan tersengih. Apa yang mahu dikatakannya masih terkulum di dalam mulut. Malunya masih tebal.

Melihat Bakri hanya tersengih, Mak Jah melihat gulai ikan yang sudah mendidih. Dia ambil daun kari dan mencampakkannya ke dalam gulai ikan itu. Lalu menterbalikkan ikan goreng pula.

“Semalam mak sembang dengan mak ngah. Si Zahari tu dah serahkan semua duit belanja kahwin dia pada mak ngah kau. Duit hantaran, duit kenduri, duit Butik Ailing… semualah. Untung mak ngah kau. Dia orang kaya tetapi anak-anaknya bila kahwin semua kumpul duit sendiri…” kata Mak Jah, sekadar memberitahu.

Bakri yang baru hendak menyuarakan hasrat untuk meminta Mak Jah dan abahnya menjual tanah mereka, menelan air liur. Kata-kata Mak Jah itu menyebabkan nekadnya cair.

“Kau ada apa-apa nak cakap dengan mak ke?” tanya Mak Jah.

Bakri tersengih dan menggeleng. “Saya naik atas dululah mak.”

Mak Jah mengangguk dan kembali melihat masakan di atas dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience