BAB 14

Horror & Thriller Completed 451

Bakri beredar dari dapur. Hatinya semakin rungsing. Terasa sempit sangat. Sampai di tingkat atas, dilihatnya abahnya menggamit. Entah mengapa darahnya berderau. Setahunya abahnya itu sudah tidak larat hendak mengangkat tangan. Berak, kencing semua dalam lampin pakai buang. Makan minum pun bersuap. Sudah macam mayat hidup. Dia sudah sihat kah? tanya hatinya.

Abahnya terus menggamitnya. Bakri mendekati juga orang tua itu.

“Kenapa abah?” tanya Bakri.

Abahnya menepuk-nepuk lantai. Bakri yang faham maksud isyarat abahnya itu duduk di sisi abahnya.

“Aku…”

Hanya perkataan ‘aku’ sahaja yang dapat ditangkap telinga Bakri. Perkataan-perkataan lain dia tidak dengar. Jadi apa yang baru dikatakan oleh abahnya tadi tidak diketahuinya.

“Apa abah cakap?” tanya Bakri.

“Aku…”

Perkara serupa terjadi.

“Tak dengar juga…” kata Bakri.

Bakri mendekatkan telinganya ke mulut abahnya. Abahnya berkata sekali lagi.

“Abah boleh tolong saya?” tanya Bakri.

Abahnya mengangguk.

“Abah ada duit?” tanya Bakri.

Abahnya menggeleng.

“Abah nak jual kebun getah tu?” tanya Bakri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience