BAB 6

Horror & Thriller Completed 451

Tok Penghulu Rahmat menolak pintu bilik tidur itu. Kucing hitam itu berpaling kea rah Tok Penghulu Rahmat. Dalam pandangan Tok penghulu Rahmat dia nampak budak kecil yang sama di rumah Nawawi sedang duduk di atas perut cucunya. Dia melaungkan takbir. Kucing hitam itu berlari laju ke luar rumah menembusi dinding bilik tidur itu.

Tok Penghulu Rahmat terus ke tingkap dan membukanya. Harun dan Zubaidah yang terjaga terpinga-pinga.

“Kenapa pak?” tanya Harun.

“Lekas ikut aku. Kita kejar benda tu. Dia menuju ke baruh,” kata Tok Penghulu Rahmat.

Tanpa banyak bertanya, Harun terus memakai baju dan mengikut bapanya. Mereka berjaya menjejaki kelibat kucing hitam itu. Pada pandangan Tok Penghulu Rahmat sekarang, lembaga yang dilihatnya tadi dalam bentuk kucing hitam semula. Akhirnya kaki kedua-dua lelaki itu berhenti di kepala titi sebuah rumah. Dari situ mereka berdua dapat melihat dengan agak jelas kucing hitam itu naik ke beranda dan berjalan menembusi pintu tingkat atas rumah Nawawi.

“Sahlah kata-kata orang kamupung tu. Kita pergi rumah Ali dan lain-lain,” kata Tok Penghulu Rahmat.

Malam itu juga orang kampung yang diketuai oleh Tok Penghulu Rahmat menghalau Nawawi dan Hayati keluar dari kampung itu.

1980…

Nasir geram. Penyelianya baru memarahinya. Dia rehat lebih lama dari masa yang diperuntukkan. Memang kebiasaannya begitu.Baru kali ini dimarahi teruk oleh penyelianya. Itu pun selepas amaran diberikan berkali-kali.

“Kau tak tahu aku siapa!” Nasir melepaskan kemarahan. Dia membasuh muka di singki dan melihat mukanya yang basah itu di cermin. Tersenyum pada diri sendiri.

Malam itu, di dalam bilik tidurnya, Nasir yang berdendam menjalankan perkara yang dapat melunaskan dendamnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience