BAB 11

Horror & Thriller Completed 451

Sebulan berlalu…

Jari-jari yang cantik itu meletakkan pisau dan garpu saling bersebelahan di atas pinggang. Zeti baru selesai menjamah chicken chop. Matanya yang bundar dan cantik itu melihat ke arah Bakri. Senyuman manis terukir di bibirnya.

Bakri yang sudah lama selesai makan tengah hari itu membalas senyuman Zeti.

“Hari niIbelanja,” kata Zeti lalu menggamit pelayan restoran.

Bakri mengangguk.

“Lepas ni kita ke Cindai, ya?” tanya Zeti.

“Hari ini ke?” tanya Bakri.

“You dah lupa ke? Idah bagitahu dua hari lepas,” jawab Zeti.

“Okey,” jawab Bakri. Dia banyak masalah hendak difikirkan. Duit yang belum cukup kerana permohonan-permohonan pinjaman peribadinya yang dibuat ke bank-bank lain pun semuanya ditolak. Baru pagi tadi dia dihubungi oleh kawannya yang bekerja di Maybank memberitahu berita kecewa yang sama.

“Jom kita pergi. Appointmentpukul 2,” kata Zeti.

“Kita buat baju pengantin di butik lain tak okey ke?” tanya Bakri.

Zeti yang baru hendak bangun, duduk semula. “Kenapa pula?” Mukanya berkerut.

“Tak mahal sangat ke?” tanya Bakri.

“Youkan dah setuju,” kata Zeti. Tarik muka masam.

“Memanglah… Tapi bila difikir-fikirkan balik, tak berbaloi buang duit untuk…”

“I nak kahwin sekali sahaja tau,” potong Zeti. “Inakperkahwinan yang hanya sekali ni…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience