BAB 9

Horror & Thriller Completed 451

Semua itu berlaku tanpa pengetahuannya. Sejak dia berpindah dari rumah sewa lama memang dia tidak terima lagi surat menyurat dari pihak bank. Dia pula tidak pernah terlintas hendak memaklumkan pihak bank tentang pertukaran alamat dan nombor telefon. Dia sangka semuanya baik sahaja. Malah sampai sekarang Shahril masih berhubung dengannya walaupun kawan baiknya itu sudah berpindah ke selatan. Hanya tadi bila dia menyoal mengenai kereta itu barulah Shahril tiba-tiba mematikan talian telefon.

Natijahnya siang tadi dia dimaklumkan oleh pegawai bank yang permohonan pinjaman peribadinya sebanyak RM100 ribu dengan bank itu ditolak. Segala perancangan yang pada mulanya dilihat tiada masalah kini berdepan kegagalan. Kegagalan yang akan merisikokan hubungannya dengan gadis idamannya.

‘Siallah kau Shahril!’ jeritnya di dalam hati.

Kemarahan yang dilepaskan di dalam hati itu masih tidak mampu menyelesaikan masalahnya.

Lantai papan beranda berkeriuk. Bakri segera menoleh lalu melemparkan semyuman paksa.

“Apa yang kau termenung tu?”tanya Mak Jah.

“Tiba-tiba pening mak,” bohong Bakri.

“Mak ambilkan panadol,” kata Mak Jah mahu pergi dari beranda.

“Tak payah mak. Sikit saja ni.”

Mak Jah tidak jadi mengambil panadol. Sebaliknya duduk di kerusi rotan di atas beranda itu. Bakri kini duduk bersila di atas berandadan mengadap Mak Jah.

“Sudah selamat pun...” tanya Mak Jah.

Bakri tersengih.

“Bapanyategaskan beberapa kali tadi yang majlis mesti diadakan selepas genap setahun. Tak boleh tangguh,” pesan Mak Jah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience