BAB 7

Horror & Thriller Completed 451

“Anakku, pergi kau pada Saad Bin Hamdan. Lunaskan dendamku,” arah Nasir.

Saad terjaga dari tidur. Serentak itu telinganya terdengar deram kucing mahu bergaduh. Bulu romanya tegak. Dia turun katil, menguak langsir dan nampak kelibat seseuatu di luar. Bunyi deram kucing hendak bergaduh terus kedengaran. Dia pantas membuka tingkap. Satu hembusan angin menerpa masuk ke dalam bilik tidur itu. Dia meninjau ke luar. Tiada sesiapa. Deraman kucing itu juga tidak kedengaran lagi.

Ketika dia menutup tingkap bilik, telinganya terdengar pula bunyi pintu bilik ditutup. Menoleh dan mendapati isterinya tiada di katil. Dia hairan dan terus keluar bilik. Melihat isterinya sedang duduk membelakanginya di atas kerusi rotan di ruang tamu. Keadaan ruang tamu itu kelam. Dia meraba suis lampu, memetiknya tetapi lampu tidak menyala.

“Awak buat apa tu sayang?” tanya Saad.

Dia melihat badan isterinya tersengguk-sengguk, sedang menangis. Soalannya tadi tidak dijawab.

“Sayang!” panggil Saad. Takut-takut hendak mendekati isterinya. Bulu romanya masih tegak.

Isterinya yang berambut panjang bangun. Baju tidur putihnya terayun-ayun. Dia menoleh perlahan-lahan.

“Ini bang…” katanya menunjuk seekor kucing yang berlumuran darah di tangannya. “Kucing saya mati. Entah bergaduh dengan kucing mana tadi.”

Saad terkejut sedetik. “Saya ingat apa tadi. Awak ni buat saya terkejut saje. Sudah sampai masa kucing tu mati. Nanti kita cari ganti ya?”

Isterinya itu diam tidak menjawab. Dia dilihat dalam ketakutan. Bangkai kucing terlepas dari tangannya. Tangan itu dinaikkan dan jari telunjuk diluruskan mengarah kepada Saad.

“Kenapa sayang?” tanya Saad yang hairan.

“Siapa di belakang abang tu?” tanya isteri Saad. Suaranya terketar-ketar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience