BAB 10

Horror & Thriller Completed 451

Bakri mengangguk.

“Wang hantaran 18 ribu. Tak lebih dan tak kurang,” sambung Mak Jah.

Bakri mengangguk juga.

“Pak Long kau taklah minta kurang tadi. Sudah kau pesan jangan minta kurang. Tetapi 18 ribu tu tinggi sangat. Mak Ngah kau pun kata mahal,” kata Mak Jah lagi, melihat reaksi anaknya itu.

Bakri tersengih.

“Memang le budak tu cantik tetapi mahal sangatlah kata Mak Ngah kau. Anak adik ipar dia, cantik, doktor, wang hantaran hanya 8 ribu saja,” sambung Mak Jah lagi.

Bakri tersengih. “Saya mampu mak.”

Kali ini Mak Jah yang mengangguk pula. “Kalau begitu kata kau, tak apalah. Setakat seribu dua tu bolehlah mak bantu. Kalau belas atau puluh ribu tak mampulah. Abah kau pun tengah sakit sekarang. Banyak nak guna duit untuk berubat.”

Bakri mengangguk.

“Jah!”

Dari dalam rumah terdengar suara Jalil, abah Bakri memanggil Mak Jah.

“Mak masuk dulu. Abah kau dah panggil,” kata Mak Jah.

Bakri mengangguk.

“Jangan lama-lama duduk di beranda ni. Sudah larut malam,” pesan Mak Jah.

“Baik, mak,” jawab Bakri.

Mak Jah masuk ke dalam rumah. Bakri mengeluh. Hatinya masih gundah gulana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience