BAB 22

Horror & Thriller Completed 451

“Siapa pun kau keluarlah. Jangan kau sakiti dia lagi,” kata Ustaz Idris. Mengulang apa yang dikatakannya tadi.

“Kau diam!” marah Iqmal sambil mencerlung Ustaz Idris.

“Pulanglah kepada tuan kau,” kata Ustaz Idris. Sudah diberi pandangan batin berkenaan makhluk halus apa dan siapa tuannya yang menunggang badan Iqmal itu. Dia membaca ayat kursi di dalam hati.

Nafas Iqmal yang turun naik laju semakin kuat kedengaran. Dia merengus lebih kasar dan mencerlung Ustaz Idris dengan penuh kebencian. Sepantas kilat dia menerkam Ustaz Idris. Tetapi Ustaz Idris yang masak dengan permainan syaitan pantas meniup ayat kursi yang dibacanya ke arah Iqmal.

Iqmal terhempas ke katil. Terlentang dengan mulut yang tercungap-cungap. Sejurus selepas itu dia mula meraung dan meraba-raba seluruh badannya kerana kesakitan dan kepanasan.

Delaila, mama Delaila dan mama Iqmal menangis melihat keadaan Iqmal. Selepas beberapa ketika bergelut akhirnya Iqmal pengsan.

“Alhamdullillah. Benda tu dah keluar dari tubuh suami puan. Maaf terpaksa berkasar sedikit. Benda tu kena dikeluarkan secara paksa,” kata Ustaz Idris.

“Apa benda tu ustaz?” tanya Delaila.

“Bajang,” jawab Ustaz Idris.

Delaila yang tidak tahu hanya mengangguk. “Siapa yang buat suami saya ni ustaz?”

“Saya tak dapat hendak beritahu. Maaf,” jawab Ustaz Idris.

“Terima kasih ustaz,” ucap Delaila dan ahli keluarganya dan Iqmal.

“Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah,” jawab Ustaz Idris.

Bakri jatuh sakit beberapa hari selepas Iqmal berjaya dirawat Ustaz Idris dengan izin Allah SWT. Penyakitnya persis yang dialami oleh Iqmal. Bajang belaannya yang berasa dirinya tidak lagi mampu membelanya mula menyakitinya.

Semakin hari keadaannya semakin teruk. Sampailah ketikanya ketika dia seperti mayat hidup. Bau badannya sangat busuk.

Bakri menggamit Zeti. Zeti yang baru menangis selepas berasa kasihan dengan keadaan dirinya datang menghampiri. Zeti melekapkan telinganya ke mulut Bakri.

“Inak bagi sesuatu, nak tak?” tanya Bakri, bisiknya perlahan.

“Younak bagi apa?” tanya Zeti.

“Adalah. Cakap je younak. Angguk pun tak apa,” kata Bakri.

Zeti berfikir sejenak. Macam-macam perkara yang menyerbu fikirannya. Akhirnya kerana berasakan tiada apa-apa, dia pun mengangguk dan kemudian berkata, “Ya, Inak.”

“Youjanji ambik ya?” tanya Bakri lagi.

“Ya,” jawab Zeti.

Bakri tersenyum mendengar pengakuan Zeti itu. Tiba-tiba badannya melentik-lentik dan kemudian terhempas sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Zeti tergamam dengan apa yang berlaku. Dia meraung menangis memeluk Bakri. Dan dia pula dipeluk oleh bajang tanpa disedari…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience