BAB 3

Romance Completed 4209

“Sue tahu mama. Lagipun Sue dah nak mula pergi pejabat. Tak ada sesiapa yang nak uruskan syarikat tu. Syarikat itu merupakan hasil titik peluh kami. Kami yang bangunkan syarikat tu, jadi Sue tak nak orang lain yang menguruskannya. Itu amanah arwah Izzue.”

“Tapi Sue, boleh ke kamu buat kerja. Dengan keadaan kamu macam ni? Mama tak izinkan kamu pergi.”

“Mama sekurang-kurangnya Sue dapat melupakan arwah sedikit demi sedikit. Sue mampu lagi berjalan. Lagipun Sue bukannya lumpuh sepenuhnya. Kaki Sue ni akan baik satu hari nanti. Percayalah cakap Sue. Sue hanya minta restu dari mama dan papa sahaja.”

“Kalau dah macam tu kata kamu. Mama izinkan. Nanti mama suruh Pak Mat hantar kamu ke pejabat ye.”

“Terima kasih mama.” Syarikat I-Suhaila Sdn Bhd merupakan gabungan nama Suhaila dan Izzue. Syarikat itulah lambang cinta mereka. Malah semua impian dan harapan mereka terdapat pada syarikat itu.

Selepas menamatkan pengajian mereka dari luar negara, mereka berdua bekerja di bawah syarikat papa Izzue untuk mencari pengalaman. Dua tahun kemudian mereka sepakat untuk menubuhkan I-Suhaila dengan sedikit bantuan dari papa Izzue.

Setahun selepas penubuhan syarikat mereka mengambil keputusan untuk bertunang.

Apa yang menyedihkannya ialah dua belas jam sebelum majlis pernikahan mereka, Izzue menyahut panggilan Illahi. Semuanya berlaku dengan begitu pantas sekali. Tidak diduga semua kebahagiaan yang dikecapinya punah dalam sekelip mata.

Namun Suhaila sedar semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Biarpun dia tahu bahawa betapa sukarnya untuk mengendalikan syarikat itu namun dia telah berazam untuk memajukan syarikat itu sedaya upayanya. Dengan restu papa, mama dan keluarga Izzue serta arwah Izzue juga dia yakin dia akan berjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience