BAB 12

Romance Completed 4209

“Ada jugalah,” terang mama Sue. Sue tahu mamanya cuba membohongi dirinya. Dia sedar bahawa Azham takkan melawat dirinya. Hanya dia seorang sahaja yang tahu mengapa Azham tidak sudi melawatnya.

“Tak apalah mama. Mama, apa khabar dia sekarang?” Air mata Puan Mastura tidak dapat dibendung lagi sebaik sahaja persoalan itu muncul. Terkebil-kebil mata Sue kerna memikirkan apa sebenarnya yang berlaku pada Azham. Adakah dia ditimpa musibah?

“Mama cakaplah mana Abang Azham.”

“Sue sabar ye nak. Azham accident dalam perjalanan ke sini. Buah pinggang dia rosak. Sekarang ni dia tak sedarkan diri.”

“Ya Allah! Teruk ke mama?” Suhaila terkejut. Hatinya sebak mendengar perkhabaran dari mamanya itu. Meskipun Azham melayannya teruk, namun dia tetap suaminya yang sah.

“Kata doktor buah pinggang dia perlu diganti. Kami dah cuba untuk dermakan buah pinggang kami tapi semuanya tidak sesuai.” Air mata Suhaila mula mengalir mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.

Selepas satu persatu musibah yang terjadi dalam hidupnya. Dia telah membuat keputusan untuk mendermakan buah pingangnya pada Azham. Biarlah dia dan Azham sama-sama menderita asalkan dia tidak kehilangan suaminya. Sungguhpun dia pernah kehilangan belaian seorang suami tapi untuk kali ini dia yakin dia akan mendapatnya.

Dia tidak mahu kehilangan cinta buat kali kedua. Cukuplah dia sudah kehilangan cinta buat kali pertama. Betapa deritanya kehilangan orang yang dicintainya. Kali ini pengorbanan yang dilakukannya adalah untuk seorang insan yang digelar suami.

“Kamu kan masih lemah lagi. Mama tak izinkan kamu buat begitu, Sue,” bangkang mama.

“Tak apa mama. Sue berkorban untuk abang Azham juga. Lagipun diakan suami Sue. Tak salahkan kalau Sue berkorban untuk suami Sue sendiri.”

“Tapi….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience