BAB 6

Romance Completed 4209

“Kamu ni Sue kalau uncle tak jemput tak adalah nak datang rumah kami.

Kamu tak ingat dengan kami lagi ke?” rajuk aunty Karmela.

“Ala mama dia sibuk dengan kerja dia. Lagipun mama tengok syarikat dia dengan arwah Izzue dah pun berkembang pesat. Kira hasil usaha dia berbaloi mama,” sampuk Kak Zura, kakak sulung arwah Izzue.

“Kerja tu kerja juga tapi jangan abaikan kesihatan kamu itu. Kamu tu bukannya sihat lagi.”

“I’m oklah aunty. Lagipun dua bulan lagi Sue nak masuk hospital sebab kaki Sue ni doktor kata boleh baik.”

“Wow! Satu perkembangan yang baik tu Sue. Aunty harap kaki kamu boleh sembuh seperti biasa. Aunty sentiasa berdoa untuk kamu Sue.”

“Terima Kasih aunty.” Perbualan kami terhenti apabila terdengar bunyi loceng dari luar. Tetamu uncle Mahfiz telah pun tiba.

“Kenalkan ni Dato Mahfuz dan Datin Mastura, adik uncle. Dan yang handsome ini anak saudara uncle, Azham Daniel. Dia baru balik dari luar negara.”

“Oh!Yang ni budak perempuan yang abang selalu sebut-sebutkan. Cantik juga budak ni. Kalau buat menantu bagus ni,” ujar Dato Mahfuz.

“Jangan kau tak tahu Mahfuz dalam usia muda macam ni dia boleh handlekan syarikat besar. Sekarang ni pun dia merupakan salah seorang businesswoman muda yang boleh dikatakan berjaya.”

“Tahniah dari kami.”

“Dahlah tu abang, Mahfuz mari kita makan. Asyik hal business je,” tegur Puan Karmela.

“Terima kasih uncle, Dato.”

“Hai Sue tak payah panggil Dato, panggil je uncle Mahfuz. Kan ke senang,” sampuk Datin Mastura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience