BAB 2

Romance Completed 4209

Selama percintaan mereka, Izzue merupakan cinta pertama dan terakhir buat Suhaila.

Suhaila terasa bahagia bila bersama dengan Izzue. Bersama Izzue dia mengecapi satu impian iaitu meluaskan empayar syarikat demi masa depan mereka. Kini, apa yang harus dilakukannya ialah meneruskan impian mereka yang tidak kesampaian.

Dia harus kuatkan semangat untuk meneruskan hidupnya. Dia mahu membuktikan kepada keluarga Izzue dan juga keluarganya bahawa dia boleh berjaya walaupun dia kini cacat.

Tiada apa yang dapat menghalangnya untuk meneruskan impian mereka. Dia yakin dengan kemampuan dirinya. Apa yang diharapkannya cuma restu dari kedua-dua orang tuanya dan juga kedua-dua bakal mertuanya.

Meskipun mereka tiada pertalian dengannya namun dia sudah mengganggap papa dan mama Izzue sebagai ayah dan ibunya sendiri.

Kehidupan baru harus dimulakannya. Perkara yang lalu biarlah menjadi ingatan dalam sanubarinya. Meskipun sukar untuk melupakannya namun dia harus mencuba.

Majlis tahlil dan bacaan yasin akan dilakukan sebaik sahaja solat isyak. Malah selama tiga hari berturut-turut rumahnya akan mengadakan kenduri bacaan tahlil dan yasin untuk arwah Izzue. Meskipun mereka baru bertunang api dia akan sentiasa mengingatinya kerana Izzue merupakan cinta pertamanya.

“Sue, kamu sihat ke hari ni,” kata mama selepas sebulan pemergian arwah Izzue.

“Alhamdullilah. Sue sihat mama.”

“Sudahlah tu Sue. Jangan dikenang lagi perkara yang lepas. Tak baik kamu bersedih pada yang tiada. Esok lusa giliran kita pula. Biarlah Izzue pergi dengan amannya. Kamu mulakan hidup baru. Lagipun ramai lagi pemuda kat luar sana.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience