BAB 4

Romance Completed 4209

“Takziah, saya ucapkan pada awak Cik Suhaila,” ujar Shima, setiausahaku.

“Terima kasih Shima. Sepanjang ketiadaan saya, ada apa-apa yang berlaku ke dekat pejabat ini.”

“Ada. Projek Indonesia yang di uruskan oleh arwah En Izzue perlu disiapkan dalam minggu depan. Plan semuanya dah lengkap hanya perlu semak semula sahaja, Cik Suhaila.” Kecekapan yang ditunjukkan oleh Shima membuatkan dia begitu kagum dengan hasil kerjanya. Tidak salah dia dan arwah Izzue melantik Shima sebagai setiausaha mereka.

“Ada apa-apa lagi tak?”

“Dato Kamal, CEO Megapuri Bhd mahu berbincang dengan Cik Suhaila tentang tender yang ditawarkan. Pagi tadi dia ada telefon untuk membuat temujanji dengan Cik Suhaila.”

“Baiklah. Nanti saya telefon dia. Terima kasih Shima. Awak boleh keluar.”

“Terima kasih, Cik Suhaila.” Shima terus keluar dari biliknya. Ditangannya memegang diari.

Sebaik sahaja Shima berlalu, Suhaila memulakan kerjanya. Hari ni merupakan hari pertama dia berkerja setelah sebulan berehat di rumah. Terlalu banyak kerja yang terbengkalai dan harus disiapkan dengan segera.

“Lambat kamu balik hari ni Sue,” tegur mama sebaik sahaja aku melangkah kaki masuk ke rumah.

“Banyak kerja mama.”

“Jangan kerja kuat-kuat sangat lagipun kamu belum sihat sepenuhnya. Kesihatan kamu tu kena jaga. Kalau sakit sapa yang susah. Mama juga.”

“Baiklah mama. Sue tahu. Sue penat lah mama Sue masuk dulu ye.” Saban hari hidupku dibebani dengan kerja office yang bertimbun. Sedikit sebanyak ianya dapat melupakan kesedihanku untuk seketika. Semua urusan di Indonesia berjaya ku uruskan dengan baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience