BAB 7

Romance Completed 4209

“Kenapa kamu diam Azham. Malu ke? Macam tak biasa dengan kami pula,” sampuk Kak Zura yang sedari tadi asyik memerhati kelakuan Azham.

“Malulah itu,” usik uncle Mahfiz.

Malam itu aku berasa gembira sangat kerana buat kali pertamanya selepas kematian Izzue aku makan bersama-sama dengan keluarganya. Kesemua ahli keluarga Izzue peramah kecuali Azham yang agak pendiam. Namun aku percaya dia juga seperti Izzue.

Tujuh hari selepas majlis makan malam itu, aku menerima panggilan dari uncle Mahfuz me ngatakan bahawa dia akan hantar rombongan meminangku untuk Azham.

Menurut uncle Mahfuz, dia dan aunty Mastura mula tertarik dengan Perlakuanku sejak malam perjumpaan itu. Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan. Mama dan Papa telah pun setuju begitu juga dengan uncle Mahfiz serta aunty Karmela.

“Apa lagi yang kamu tunggu Sue. Umur kamu dah nak masuk 30 tahun. Dah elok pun kamu kahwin. Lagipun mama tengok Azham tu baik.” Mahu tidak mahu aku menurut sahaja kehendak papa dan mama ku.

Perkahwinan aku akan diadakan pada bulan depan. Segala persiapan semuanya dibuat oleh mama, kak Zura, kak Aida dan juga aunty Karmela. Aku hanya mampu menunggu tarikh bahagia bagiku. Aku melihat hantaran perkahwinanku.

Tanpaku sedari air mataku jatuh berguguran. Aku tidak pasti adakah itu merupakan keputusan yang betul dalam hidupku? Sepatutnya aku dan Izzue yang akan bersanding bukannya dengan Azham namun aku pasrah atas segala-galanya.

“Eh!nape kamu nangis ni? Tak baik kamu nangis di hari persandingan kamu.

Terimalah dia Sue macam mana kamu menerima arwah dulu. Dia jodoh kamu.

Akak doakan kamu bahagia Sue,” nasihat kak Zura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience