BAB 14

Romance Completed 4209

Dia rindukan belaian Suhaila dan senyumannya.

“Abang!” Ungkapan itu sudah membuatkan Azham gembira. Dia menjerit kegembiraan sebaik sahaja Suhaila mengucapkan perkataan itu. Suhaila sudah sedar. Doanya kini telah termakbul.

“Abang menangis?”

“Sue abang nak minta maaf dari Sue kerana abang gagal menjalankan tanggungjawab abang sebagai seorang suami. Abang hukum Sue kerana Sue lumpuh walhal abang sedar bahawa Sue tidak salah apa-apa pada abang. Abang berdosa pada Sue.” Pengakuan Azham sudah cukup untuk membuatkan airmata Sue gugur. Tidak sia-sia pengorbanan yang dilakukannya selama ini. Kesabarannya membuahkan hasil.

Dia bersyukur pada Tuhan kerana telah mengembalikan insan yang bergelar suami dalam hidupnya.

“Jangan menangis sayang. Abang janji akan bahagiakan Sue. Terima kasih atas segala-galanya.” Kucupan yang diberikan oleh Azham terasa hangat bagi diri Suhaila. Waktu itulah saat yang dinanti-nantikan selama ini. Dia bertuah sekali kerana akhirnya Azham dan dirinya mengecapi bahagia.

“Abang, Sue dah lama maafkan abang. Sejak hari kita menjadi suami isteri, Sue dah berikrar untuk menjadi isteri abang biarpun abang membenci diri Sue.

Ternyata ianya berhasil. Sue rasa bahagia sangat.” Senyuman yang dilemparkan merupakan senyuman bahagia. Bagi mereka inilah saat mereka mengenali hati budi masing-masing.

Azham berjanji akan membayar segala penderitaan Suhaila dengan membahagiakan dirinya. Kini tiada apa yang dapat dikatakan lagi, Suhaila dan Azham mengecapi kebahagiaan yang tiada tandigannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience