BAB 1

Romance Completed 4209

Baru beberapa minit bacaan talkin yang menghuni segenap ruang yang suram itu selesai dibaca. Rintik air hujan yang turun membasahi pusara Izzue yang masih merah.

Titisan hujan yang turun mengambarkan betapa Rahmatnya pemergian Izzue. Puan Karmela, mama Izzue mencucukkan keratan dahan kemboja ke pusara Izzue. Encik Mahfiz, papa Izzue sedang duduk bertafakur begitu juga dengan kakak-kakak arwah Izzue.

Sesekali kedengaran sedu sedan berbunyi. Upacara pengembumian jenazah telah pun selesai dengan lancarnya meskipun dalam keadaan hujan. Kehilangan insan yang amat disayangi menghambat rasa kedukaan dan kesediha di hati Suhaila.

Apatah lagi majlis pernikahannya hanya akan berlangsung pada esok harinya. Bagi Suhaila dia pasrah akan segala-galanya. Pemergiannya Izzue membawa satu kenangan yang manis yang sukar dilupakan tatkala mereka bersama.

Dalam usia yang begitu muda Izzue menyahut panggilan Illahi. Kemalangan yang meragut nyawa Izzue serta membuatkan dia lumpuh amat sukar dilupainya. Kesedihan yang tergambar di sebalik wajahnya amat sukar dilindunginya.

Namun lebih memilukan hatinya apabila melihat wajah kedua-dua bakal mertuanya. Tangisan dan esakkan ibu Izzue menambahkan rasa sebak di hatinya apatah lagi Izzue merupakan satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Bagi Encik Mahfiz, Izzue lah pewaris yang akan menerajui syarikatnya. Apa yang pasti dia harus teruskan kehidupannya walaupun tanpa Izzue di sisinya. Seandainya Izzue masih hidup, dia yakin bahawa Izzue akan sentiasa menyokongnya. Dia percaya bahawa dengan adanya kasih sayang Izzue, dia pasti akan berjaya. Yang pergi hanyalah Izzue tapi kasih sayang dan cintanya tetap hidup dalam diri Suhaila ni.

Pertunangannya dengan Izzue atas dasar suka sama suka. Setelah empat tahun menjalinkan cinta akhirnya mereka sepakat untuk bertunang. Apa yang diharapkan agar ikatan pertunangan mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat namun semuanya hampa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience