BAB 11

Romance Completed 4209

Fikiran Azham tidak menentu. Entah apa yang mengganggu fikirannya sejak kebelakangan ini. Sejak ketiadaan Suhaila semuanya bagaikan tidak terurus. Makan dan minumnya tidak mengikut masa. Malah dia terasa keseorangan. Kalau dulu sebaik sahaja dia balik dari pejabat, Suhaila akan tetap menunggunya. Shereen melayannya dengan begitu baik sekali. Tidak pernah dia mendengar dengusan dan rintihan hati wanita itu.

Apa sahaja kemahuannya Suhaila akan turuti. Bagi Azham dia bertuah memiliki isteri seperti Suhaila. Cuma egonya tinggi enggan mengaku bahawa dia sudah lama terpikat dengan keayuan dan kebijaksanaan Suhaila.

Hanya kerana dia lumpuh. Dia tidak seharusnya melayan Suhaila dengan sebegitu rupa. Sebaliknya kasih sayang yang patut ditunjukkannya pada Suhaila. Sedikit demi sedikit perasaan egonya mula pudar.

Dia sedar kini dia mencintai Suhaila sepenuh hatinya. Tapi mampukah Suhaila menerimanya semula. Setelah apa yang telah dilakukannya? Dia berdosa pada Suhaila.

Lantas dia mencapai kunci keretanya dan bergegas ke hospital untuk memohon maaf pada Suhaila.

Kereta yang dipandu oleh Azham gagal dikawal. Azham terlibat dalam satu kemalangan. Dia dibawa ke wad kecemasan untuk di rawat. Suhaila masih lagi dalam keadaan yang tidak sedarkan diri sewaktu Azham kemalangan. Mujurlah Azham tidak mengalami cedera parah.

Hanya buah pinggangnya sahaja yang rosak. Menurut kata doktor Azham memang menghadapi masalah buah pinggang sejak dari dulu. Namun kemalangan yang berlaku membuatkan buah pinggangnya tidak boleh berfungsi lagi.

Semua kaum keluarga Azham melawatnya. Mereka sepakat untuk tidak memberitahu Suhaila akan hal ini. Mereka tidak mahu Shereen bimbang akan Azham. Kesihatan Suhaila harus dijaga. Tambahan pula dia baru beberapa jam sedarkan diri.

“Mama, Abang Azham ada tak datang melawat Sue sejak Sue masuk hospital?” Tanya Suhaila sebaik sahaja dia mula sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience