BAB 13

Romance Completed 4209

“Mama ini keputusan Sue. Lagipun Sue dah bersedia nak tanggung semua risikonya. Sue perlukan restu mama dan papa je.”

“Baiklah Sue. Mama berbangga dengan kamu. Sejuk perut mama kamu kata begitu.” Hari pembedahan antara aku dan Azham telah pun berlalu. Pembedahan pemindahan buah pinggang kami berjaya dilakukan. Aku dan Azham masih lagi tidak sedarkan diri. Keadaan kami terlalu lemah ketika itu.

“Terima kasih mama. Kerana selamatkan nyawa Azham,” ujar Azham sebaik sahaja dia sedarkan diri.

“Bukan mama yang dermakan buah pinggang pada kamu. Tapi isteri kamu Azham.

Kamu sungguh bertuah memiliki isteri sepertinya.” Tiada apa yang dapat dikatakan lagi. Semuanya berlaku dengan pantas. Suhaila telah menyelamatkan nyawanya. Setelah apa yang berlaku Suhaila masih sudi untuk mendermakan buah pinggangnya. Timbul rasa kekesalan di hati Azham tatkala itu.

Wajah lesu isterinya ditatapinya. Sebak rasa di hatinya melihat keadaan isterinya yang tidak bermaya itu. Suatu ketika dahulu dia pernah menghina Suhaila tapi Suhaila tetap setia bersama dengannya. Dia mengaku bahawa Suhaila seorang yang tabah dan sabar dalam menghadapi setiap dugaan. Wanita yang berada di hadapannya itulah isteri yang solehah.

Cuma dia tidak sempat untuk meminta maaf dari Suhaila dan mengaku bahawa Suhaila lah isterinya yang sah. Dia berdoa supaya Suhaila cepat sedar dan sembuh seperti sediakala. Dia berjanji akan memberikan belaian seorang suami yang dulunya diabaikannya. Dia berazam untuk menjadi seorang suami yang baik dan sejati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience