BAB 5

Romance Completed 4209

Malahan tender yang Dato Kamal tawarkan telah pun berjaya aku dapatkannya. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Syarikat I- Suhaila semakin maju dan bertambah pesat sekarang ni.

Malahan kami juga telah membuka satu lagi cawangan di Indonesia serta Langkawi. Kini aku berjaya melaksanakan impian kami. Empayar syarikat telah pun diperluaskan. Dengan bantuan ahli lembaga pengarah yang lain serta kerjasama pekerja syarikat kami telah berkembang pesat.

“Tahniah Sue! Uncle bangga dengan kamu. Kalaulah Izzue masih hidup lagi tentu dia berbangga dengan kebolehan dan kecekapan kamu,”ujar papa Izzue suatu hari..

“Uncle, semua itu adalah dari restu uncle dengan aunty juga. Lagipun Izzue dah lama tak ada uncle. Dah hampir setahun dia meninggalkan kita. Tak usah dikenang lagi uncle.”

“Uncle really proud of you. Walaupun kamu lumpuh tapi kamu membuktikan bahawa kamu boleh berjaya. tak semua orang macam kamu Sue. Kamu memang seorang yang tabah. Uncle kalau ada anak lelaki lagi seorang uncle mahu jadikan kamu menantu uncle. Boleh uncle simpan kamu dalam rumah ni.” kata Uncle Mahfiz yang sejak dari dulu memang terkenal dengan sikap suka bergurau.

“Saya masih boleh jadi anak uncle kan.”

“Tak samalah. Kalau menantu boleh tolong buatkan kopi ke apa ke tengah-tengah malam. Ini kamu jauh. Dah tu sibuk memanjang.“

“Ala uncle nanti Sue datang buatkan kopi untuk uncle.”

“Malam inilah kamu datang rumah uncle. Lagipun uncle nak kenalkan kamu dengan seseorang.”

“Uncle ni ada-ada je lah. Ok. Jumpa malam nanti. Kirim salam dengan aunty, kak Zura dan kak Aida.” Malam itu aku ada temujanji dengan uncle Mahfiz. Terasa malu dan segan menyelubungi hatiku. Lama sudah aku tidak berkunjung ke rumahnya. Tambahan pula rumah itu banyak menyimpan kenangan aku dengan Izzue. Kedatangan aku ke rumah itu disambut dengan begitu mesra dan baik oleh keluarga arwah Izzue.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience