BAB 9

Romance Completed 4209

“Aku tak peduli. Pada zahirnya kau isteri aku tapi pada batinnya kau bukan isteri aku. Aku boleh buat apa yang aku suka. Depan mama dan papa kita buat macam suami isteri. Aku tak nak mereka syak. Kalau tidak nama aku akan dilucutkan dari menjadi pewaris harta papa. Aku tak nak macam itu. Kau faham tak.” Sudah hampir seminggu aku dan Azham tidak tidur sebilik. Saban hari Azham asyik pulang lewat malam.

Meskipun pada pandangan Azham aku bukanlah isterinya tapi dari sudut lain aku sah menjadi isterinya. Sudah menjadi tanggungjawab aku untuk mengambil berat akan suamiku.

“Abang dah minum? Dah makan? Kalau nak makan biar Sue sediakan.”

“Tak payah. Aku dah makan kat luar. Buat apa kau tunggu aku balik?”

“Sue kan isteri abang. Salahkah Sue tunggu abang.”

“Tak payah tunggu aku lain kali. Lagipun esok kau nak kerja. Pergilah tidur.” Setiap kali Azham pulang itu sahaja kata-kata yang diterimanya.

Namun bagi Suhaila dia percaya suatu hari nanti Azham pasti akan berubah. Dia tahu dugaan inilah yang harus ditempuhinya. Dia harus tabah dan sabar dalam mempertahankan rumahtangganya. Dia tidak mahu rumahtangga yang dibinanya hancur di tengah jalan.

Biar apapun yang dilakukan oleh Azham terhadapnya tapi dia tetap akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Itu janjinya.

Setiap malam Azham hanya tidur di atas permAida ni, bertilamkan sejadah dan berselimutkan kain nipis. Keadaan di dalam bilik agak sejuk kerana penghawa dingin yang dipasang kuat.

Kenapa dia sanggup tidur di situ semata-mata tidak mahu sekatil denganku. Perlahan-lahan aku bangun dan mencapai kain gebar yang ada di atas katil.

Aku menyelimuti dirinya yang sedang nyenyak tidur dengan gebar itu. Kusyen kecil yang di alas sebagai bantal, aku ganti dengan bantal yang lebih empuk. Itulah yang ku lakukan setiap malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience