BAB 10

Romance Completed 4209

Bagiku tak berbaloi berbuat begitu demi suami ku. Aku pujuk diriku, biarlah dia. Suatu hari nanti, baru dia tahu bahawa aku ini adalah isterinya, bukan perempuan yang boleh ditolak sana sini sesuka hatinya.

“Macam mana hubungan kamu dengan Azham ?” Tanya kak Zura suatu hari.

“Kami biasa je. Lagipun Sue dah boleh terima dia sebagai suami. Dia layan Sue dengan baik sekali.” kataku. Aku cuba menyembunyikan apa yang berlaku. Aku tidak mahu kak Zura mahupun keluarganya serta keluarga Azham mengetahui masalah kami. Bagiku biarlah aku seorang sahaja yang menanggung derita ini asalkan mereka tidak.

“Baguslah kalau macam itu. Kak Zura dan semua orang tumpang gembira dengan kamu. Lagipun Azham itu budaknya baik. Kak Zura kenal sangat dengan dia.

Akak yakin kamu akan bahagia dengan dia. Percayalah.” Kalau benarlah apa yang dikatakan oleh kak Zura itu, akulah orang yang paling gembira sekali. Namun semuanya hanyalah mimpi yang tidak akan kesampaian.

Seminggu lagi aku akan dimasukkan ke hospital untuk merawat kakiku yang lumpuh itu.

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Aku dimasukkan ke hospital selama sebulan. Apa yang aku risaukan ialah Azham. Bangaimanakah makan dan minum dia? Adakah terurus seperti selalu?

Aku tahu dia tidak perlukan aku tapi sebagai isteri aku tidak boleh mengabaikan tanggungjawabku. Selama sebulan jugalah aku tidak melihat kelibat Azham di hospital. Terasa rindu yang amat mendalam menyelubungiku. Ya aku mengaku bahawa aku sudah jatuh cinta padanya.

Walaupun layanan yang diberikannya buruk tapi aku tidak dapat membohongi diriku sendiri. Aku tahu bukan salahnya tapi keadaan yang memaksa dia berbuat begitu.

Syarikat I-Suhaila kubiarkan Kak Zura untuk menguruskannya. Aku yakin kak Zura akan menguruskannya dengan baik. Lagipun aku percaya pada kemampuan kak Zura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience