BAB 8

Romance Completed 4209

Aku memeluk kak Zura. Bagiku dialah tempat aku untuk mengadu. Dia banyak memahami aku. Aku rasa bertuah kerana dia sudi menjadi kakakku. Insya Allah aku akan cuba untuk menyayangi Azham sepertimana aku menyayangi Izzue.

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Perkahwinan aku dengan Azham dilakukan di hotel. Majlis gemilang perkahwinan kami amat meriah sekali. Ramai juga tetamu yang hadir.

Aku tidak manyangka bahawa gadis lumpuh sepertiku akhirnya menjadi menantu kepada seorang Dato. Aku tahu aku tidak layak berada di sisi Azham namun aku terima suratan- NYA. DIA telah menetapkan jodohku dengan Azham.

Kini seluruh jiwa dan hatiku harus ku berikan pada Azham. Dialah suamiku kini dan sebagai isteri aku harus mengikut apa jua kehendaknya. Aku akan cuba untuk menjadi isteri yang solehah pada Azham. Kenangan aku dan Izzue ku biarkan ianya terkubur bersama sisa-sisa cinta yang masih ada.

“Kau dengar ini baik-baik. Aku sebenarnya tak setuju dengan perkahwinan ini. Kerana paksaan papa aku terpaksa berkahwin dengan perempuan macam kau. Aku pun tak tahu apa yang telah kau bagi pada mama dan papa aku sehinggakan mereka boleh menerima perempuan macam kau sebagai menantu. Dahlah cacat. Tak siapa pun yang sudi berkahwin dengan kau. Kat luar tu ramai lagi perempuan yang tergila-gilakan aku,” ujar Azham sebaik sahaja berakhir majlis persandingan kami.

Aku tidak menyangka bahawa Azham berkata begitu. Ku sangkakan dia benar-benar ikhlas denganku. Baru sebentar tadi kami mengadakan majlis persandingan yang gilang gemilang.

Tak sampai beberapa minit semuanya hancur. Hancur luluh hatiku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Azham tidak dapat menerimaku kerana aku lumpuh. Air mataku mula bertakung dan sekaligus mengaburi pandanganku. Tapi aku cuba pertahankannya dari melimpah. Sekali melimpah entah bila mahu berhenti.

“Sampai hati abang kata kat Sue macam itu. Apa salah Sue? Kitakan baru kahwin. Kalau abang tak suka buat apa abang kahwin dengan Sue. Abang tak perlu seksa Sue dengan begitu sekali. Ini malam perkahwinan kita abang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience