BAB 4

Romance Completed 1759

" Wafa baru sampai ke? " soal Naufal." Ha'ah. Wafa dari butik mama. Tu yang terus singgah sini. Lagipun dekat rumah tu tak buat apa-apa pun " balas Wafa." Ohh. Naufal tidur sini semalam. Petang nanti baru balik. Diorang ajak Naufal tidur sini semalam "." Yeke? Habis Naufal tak kerja? "." Tak. Ambil cuti sehari. Takpalah demi diorang. Apa salahnya. Asalkan diorang happy ".
Wafa tersenyum kecil. Naufal memang baik. Kanak-kanak di rumah Yayasan Waseh pun senang dengan kehadirannya. Naufal melayani mereka dengan baik sekali." Wafa sihat? Dah lama kita tak jumpa kan "." Alhamdulillah sihat. Tu lah. Macam mana nak jumpa tiap kali Naufal datang, Wafa takda. Bila Wafa datang, Naufal dah balik ".Naufal ketawa kecil." Betul lah tu. Wafa dengan suami macam mana? Dah lama Naufal tak jumpa Fir " soal Naufal ramah.Wafa terdiam seketika." Err Wafa dengan Fir okay jer. Fir sibuk sikit. Banyak kerja. Tu yang tak sempat dia nak datang sini. Kalau tak, dia pun nak datang sini. Tapi tu lah banyak kerja " jelas Wafa." Naufal ni bila pulak nak kahwin? Wafa dah tak sabar nak rasa nasi minyak Naufal "." Belum ada jodoh Wafa. Lagipun buat masa sekarang kahwin bukan keutamaan Naufal. Ada anak-anak kat sini pun dah cukup buat Naufal happy".

Sebenarnya sampai sekarang dia masih tidak boleh melupakan Wafa. Ya dia cintakan gadis itu. Namun belum sempat dia meluahkan perasaanya, Wafa mengumumkan yang dia akan berkahwin dengan Firdaus. Semenjak mereka remaja lagi Naufal sudah menyimpan perasaan terhadap Wafa.Mereka membesar sama-sama. Hubungan mereka juga begitu rapat. Namun sehingga kini Naufal masih belum meluahkan isi hatinya. Lagipun Wafa sudah menjadi milik orang lain." Wafa selalu doakan semoga suatu hari nanti Naufal jumpa dengan jodoh yang baik-baik "." Terima kasih Wafa " Naufal tersenyum nipis.
Wafa memerhatikan suaminya yang sedang membelek gambar-gambar bayi di dalam majalah. Dia tahu suaminya itu sangat mahukan zuriat. Namun sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat. Rezeki belum berpihak kepada mereka.

Kadang-kadang Wafa rasa dirinya teruk kerana masih belum dapat melahirkan zuriat untuk suaminya. Siapalah dia untuk melawan takdir Allah. Dia selalu berdoa kepada Allah semoga suatu hari nanti dia dan Firdaus diberi peluang untuk menjadi ibu dan bapa. Dia yakin suatu hari nanti Allah akan memakbulkan doanya. Cuma masanya belum tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience