BAB 10

Romance Completed 1748

" Fea, I dengar you ada scandal dengan suami orang. Betul ke ? " soal Dee, rakan sekerja Sofea." Excuse me, bukan scandal but tak lama I akan jadi wife dia " jawab Sofea selamba." You nak bermadu?" soal Dee lagi." What? Bermadu? OMG! Of course no. I tak suka berkongsi. Nanti tak lama lagi, dia ceraikanlah wife dia yang tak guna tu ".Dee terkedu. Senangnya Sofea berkata begitu." Fea tak baik lah runtuhkan masjid orang. Kalau nak menumpang kasih tu I boleh terima lagi. Ni sampai nak buat orang bercerai berai.Melampau dah tu " nasihat Dee.Sofea tayang muka menyampah.
" Tak kisah lah you nak cakap apa pun. I tak mintak nasihat daripada you pun.Yang penting I tak nak bermadu. Lagipun dah kalau Firdaus sendiri nak ceraikan wife dia tu, bukannya I boleh buat apa-apa ".
" You tahu tak, disebabkan you lah dia nak ceraikan wife dia " tegas Dee." I don't care. Please mind your own business " Sofea terus beredar meninggalkan Dee. dia mengeluh kasar." Huh menyibuk jer. Suka hati aku lah ".
Dee hanya mampu menggelengkan kepalanya perlahan. Sudah tidak tahu bagaimana hendak menasihati Sofea. Bila ditegur, katanya jangan menyibuk hal dia. Haish macam-macam.Wafa tersenyum sendiri sambil menaip mesej untuk dihantar kepada suaminya. Dia yakin dengan cara ini, dia akan berhasil mendapatkan perhatian Firdaus semula. Dia tidak mahu mengalah pada Sofea. Hati Firdaus harus ditawan semula. Walaupun dia terpaksa menipu.
TO : MY LOVE Abang, Wafa ada good news nak beritahu abang. Boleh tak abang balik awal sikit hari ni?Beberapa minit kemudian mesej daripada Firdaus pula masuk.FROM : MY LOVE Ok. Sejam lagi abang balik.Bibir Wafa menguntum senyuman lebar. Harap-haraplah apa yang dia rancangkan ini menjadi.
" Assalammualaikum " Firdaus melangkah masuk ke dalam rumah." Waalaikumsalam. Abang dah balik? " Wafa terus mendapatkan suaminya itu.Tangan suaminya disalam hormat." So berita baik apa yang Wafa nak beritahu abang tu? " soal Firdaus." Jom " Wafa menarik tangan Firdaus.Mereka berdua duduk di sofa yang berada di ruang tamu." Berita baik tu, tak lama lagi abang dan Wafa akan jadi mummy and daddy ".Firdaus terkedu." Be..betul ke ni? Sayang pregnant ? " soal Firdaus seperti tidak percaya.
" Yes Wafa pregnant " Wafa tersenyum senang melihat wajah Firdaus yang begitu teruja itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience