BAB 15

Romance Completed 1748

" Sakit lagi kaki tu? " soal Firdaus." Dah okay sikit dah " balas Wafa.Firdaus melabuhkan punggungnya di birai katil." Sayang, Naufal tu ada apa-apa ke dengan sayang dulu? Abang tengok bukan main dia risau lagi tadi bila sayang jatuh ".Wafa ketawa kecil.

" Takda apa-apa lah antara kitorang. Wafa anggap Naufal tu macam abang Wafa jer.Lagipun kitorang membesar sama-sama. Tu yang rapat " jelas Wafa." Yeke? Tapi abang tengok dia tu macam syok dekat sayang jer. Bukan main risau lagi bila tahu sayang jatuh. Mengalahkan abang dia punya risau"." Abang, Naufal tu pun anggap Wafa ni macam adik dia. Mestilah dia risau. Abang tak payah lah fikir yang bukan-bukan ya. I'm your wife ".
" Abang bukan apa sayang, abang tak berapa suka lah sayang rapat dengan dia ".Wafa tahan ketawa.Lucu melihat wajah Firdaus." Abang cemburu ya? "." Yes of course abang cemburu. Wafa abang punya sorang jer. Abang tak nak share dengan sesiapa "." Abang pun Wafa punya sorang. Kalau abang tak nak share Wafa dengan sesiapa, Wafa pun tak nak share abang dengan sesiapa. Sakit sangat bila di duakan abang " tanpa sedar Wafa sudah terlepas cakap.

Firdaus terkedu." Sayang cakap apa tadi? " soalnya." Err..tak ada apa-apa " nafi Wafa.Muka dia terus berubah. Alamak kantoi lah yang aku dah tahu pasal hubungan dia dengan Sofea." Yeke? Abang dengar tadi sayang ada cakap.. "." Abang boleh tolong urutkan kaki Wafa tak? Rasa berdenyut-denyut pulak tiba-tiba " Wafa pantas menukar topik." Yeke? Nak pergi klinik tak? " soal Firdaus. Dia membelek kaki isterinya itu.
" Takpa tak payah pergi klinik. Wafa cuma nak abang urut sikit. Boleh? "." Betul ni tak nak pergi klinik? " soal Firdaus meminta kepastian.Wafa mengangguk tanda mengiyakan." Yes sure "." Okaylah meh abang urutkan " Firdaus meletakkan kaki Wafa di atas pangkunya. Perlahan-lahan dia mengurut kaki isterinya itu.
Wafa merenung wajah suaminya itu. Bibirnya menguntum senyum apabila teringat Firdaus mengakui yang dia cemburu apabila Wafa rapat dengan Naufal.Jelas di situ yang Firdaus betul-betul sayangkannya dan tidak mahu kehilangannya. Tapi bagaimana setelah Firdaus mengetahui yang sebenar? Adalah dia akan kembali pada Sofea dan meninggalkan Wafa?
" Kenapa sayang? " soal Firdaus pelik melihat isterinya itu termenung.
" Tak ada apa-apa abang ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience