BAB 12

Romance Completed 1748

Sedang Wafa dan Risa sibuk memilih pakaian di butik, tiba-tiba datang seorang gadis menghampiri mereka." Tak payahlah nak beli baju mahal-mahal. Your husband takkan terpikat semula dekat you pun kalau you pakai baju mahal-mahal ni " Sofea tersenyum sinis.

Wafa dan Risa terkedu. Tiba-tiba sahaja Sofea muncul di hadapan mereka." So ni lah perampas suami kau Wafa? " Risa memandang jijik pada Sofea." Hey ! Excuse me, bila masa pulak aku jadi perampas? Fir yang datang dekat I " balas Sofea dengan lagaknya." Jadi you rasa you dah berjaya rampas suami I? " Wafa yang daripada tadi diam, kini bersuara." Yes I dah berjaya dapatkan semula hak I. For your information, I cinta pertama Fir. Of course dia akan pilih I, bukannya you. Apa yang ada dekat you? Dah lah tak boleh bagi dia zuriat. Huh kesian dia dapat wife 'mandul' macam you " Sofea ketawa mengejek.

" Eh perempuan murah, mulut kau tu jaga sikit ea! " Risa sudah mengangkat tangan untuk menampar Sofea namun Wafa pantas menghalang." Jangan berani sentuh muka I dengan tangan jijik you tu ya "." Kau tu yang jijik! Dasar murahan. Kalau tak disebabkan Wafa halang aku, dah lama tau penampar aku ni sampai dekat muka plastik kau tu " turun naik dada Risa menahan amarah." Dengar baik-baik ya Sofea, I tak lawan bukan sebab I pengecut. Tapi kalau I lawan, I dengan you tak ada beza pun. Jangan yakin sangat yang you dah berjaya rebut Fir daripada I. I masih isteri dia yang sah, sedangkan you tak ada ikatan apa-apa pun dengan dia. I takkan mengalah macam tu jer, I akan pertahankan hak I. Terlalu awal untuk you umumkan you dah menang. Jom Risa " Wafa menarik tangan Risa dan beredar daripada situ.

Sempat Risa menjelirkan lidahnya pada Sofea." Kau tengoklah nanti. Aku akan pastika Fir ceraikan kau. Huh perempuan tak guna " Sofea merengus geram." Wafa, kenapa kau halang aku daripada tampar muka perempuan murah tu tadi? " soal Risa. Dia memang geram dengan Sofea." Kekasaran tak akan selesaikan apa-apa masalah pun " jawab Wafa tenang.

" Tapi dia hina kau Wafa, takkan kau nak biar jer " bidas Risa.
" Biarlah dia nak cakap apa pun. Kalau kita balas, kita dengan dia sama jer. Allah kan ada ".
Risa terus terdiam.Wafa ni terlebih baik. Sebab tu orang senang-senang jer nak pijak kepala dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience