BAB 3

Romance Completed 1748

Firdaus mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Dia tidak jadi naik ke tingkat atas saat terpandangkan meja makan yang penuh dengan makanan di atas meja.

Hatinya jadi sayu melihat makanan yang banyak itu. Sedikit pun tak terusik. Telinganya menangkap dengkuran halus seseorang. Rupa-rupanya Wafa terlena di atas sofa. Dia mengatur langkah mendekati isterinya itu.
" Wafa " pamggilnya.Tiada sahutan. Lena Wafa begitu nyenyak. Mungkin terlalu penat." Wafa bangun " kejutnya." Abang dah balik? " Wafa terpisat-pisat bangun." Kenapa tidur dekat sini? Jom naik atas " Firdaus menarik tangan Wafa." Banyaknya Wafa masak. Siapa nak makan ni? " soal Firdaus." Wafa masak untuk abang. Abang nak makan tak? Wafa boleh panaskan"." Takpalah abang dah makan tadi ".Wafa sedikit kecewa mendengar jawapan Firdaus.Akhirnya makanan itu dimasukkan ke dalam peti sejuk.Esok boleh panaskan balik.
Tengahari itu Wafa datang ke rumah Yayasan Qaseh. Rumah Yayasan Qaseh adalah rumah anak-anak yatim yang ditubuhkan oleh mama Wafa sendiri, Datin Ramlah. Sudah 20 tahun rumah anak-anak yatim itu ditubuhkan.Memang daripada kecil lagi Wafa rajin mengikut Datin Ramlah datang ke sini. Penghuni di rumah Yayasan Qaseh juga sudah seperti ahli keluarga Wafa sendiri. Mereka sangat rapat.Wafa tersenyum melihat kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan. Dia sembunyi di tepi pokok. Saja ingin membuat kejutan untuk mereka." Eh kak Wafa lah! " Hadif perasan Wafa yang sedang sembunyi di tepi pokok.
Mereka semua terus berhenti bermain dan mendapatkan Wafa." Kak Wafa! ".Wafa ketawa kecil. Dia memeluk anak-anak itu." Alah kak Wafa baru nak menyorok tapi Hadif dah nampak kak Wafa pulak "." Kenapa kak Wafa nak menyorok? Kitorang rindu tau dekat kak Wafa ".Wafa tersenyum mendengar kata-kata Aisya." Yeke ni rindu? Betul? Tak tipu? "." Iya rindu sangat-sangat " mereka membalas serentak.

" Iyalah kak Wafa pun rindu sangat-sangat dekat korang. Oh ya kak Wafa ada bawak ais krim tau untuk korang semua.Nak makan ais krim tak? "." Nak! "." Okay kalau nak, pergi masuk dalam. Basuh tangan dulu, baru makan okay" pesan Wafa." Yeay ! " mereka semua terus berlari masuk ke dalam rumah." Hati-hati. Jangan lari, nanti jatuh " laung Wafa." Untuk Naufal takda ais krim? " tegur Naufal." Eh Naufal pun ada " Wafa tersenyum kecil.
Naufal ialah salah seorang penghuni rumah Yayasan Qaseh 15 tahun lalu. Dia kehilangan kedua orang tuanya dalam kemalangan. Oleh kerana itu dia berada di rumah Yayasan Qaseh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience