BAB 13

Romance Completed 1748

Sofea membaling telefonnya ke atas tilam. Dia geram apabila Firdaus langsung tidak menjawab panggilannya." Arghhh ! Tak guna " jeritnya.Habis barang-barang yang berada di meja soleknya dibaling. Botol minyak wanginya berderai hancur gara-gara dibaling.
" Aku takkan lepaskan kau macam tu jer. Aku akan pastikan kau jadi milik aku " tekad Sofea.Naufal menghampiri Wafa yang sedang duduk di pangkin sambil termenung." Hai Wafa " sapa Naufal.Wafa tesentak." Eh Naufal. Hai " balasnya." Jauhnya termenung. Ingat dekat siapa ? ".Wafa ketawa kecil.
" Tak lah mana ada Wafa termenung. Wafa ambil angin jer " balasnya." Wafa ada problem ke? "." No. Kan Wafa cakap Wafa okay tadi.Naufal ni suka fikir bukan-bukan kan"." Wafa tak payah lah nak tipu Naufal. Kita membesar sama-sama. Naufal kenal sangat dengan Wafa. Kalau ada masalah mesti Wafa akan duduk sorang-sorang lepastu termenung. Kan? ".

Wafa terdiam." Tak ada apalah Naufal. Betul, Wafa okay "." Wafa ada masalah dengan Fir ke? Dia sakitkan hati Wafa? Cakap dengan Naufal, biar Naufal ajar dia "." Naufal, Fir tak pernah buat macam tu dekat Wafa. Kitorang bahagia jer. Dah lah Naufal tak payah lah nak fikir bukan-bukan. Wafa okay, jangan risau".Naufal mengeluh kesal. Dia tahu Wafa ada sembunyikan sesuatu daripadanya. Cuma Wafa tidak mahu berkongsi dengannya.
" Kalau ada apa-apa, Wafa beritahu jer tahu Naufal. Naufal sentiasa ada untuk Wafa ".Wafa senyum segaris." Sure. Thanks Naufal sebab ambil berat ".Naufal mengangguk perlahan. Sukar untuk dia hapus rasa cinta dihatinya. Walaupun dia tahu hakikat Wafa sudah menjadi milik Firdaus dia tetap mahukan gadis itu.Daripada jauh Firdaus memandang ke arah Naufal dan Wafa. Sesekali mereka berdua ketawa. Mereka berdua nampak begitu mesra sekali. Firdaus teringat mimpinya tempoh hari. Dia takut jika mimpinya itu akan bertukar menjadi kenyataan.
" Tak. Aku tak boleh biarkan dia ambil Wafa daripada aku " Firdaus terus datang ke arah mereka." Sayang, kat sini rupanya. Puas abang cari ".Senyuman lebar Naufal terus mati saat melihat Firdaus." Wafa saja ambil angin dekat sini. Tengok tadi abang bukan main seronok dengan budak-budak tu ".
" Ha'ah sayang. Seronok sangat dapat jumpa dengan diorang hari ni. Sayang belum makan lagi kan? Jom makan. Abang pun dah lapar ni " Firdaus sengaja mencari alasan untuk mengajak Wafa pergi daripada situ." Okay jom. Naufal tak nak join sekali?" soal Wafa." Takpa. Naufal dah makan tadi " tolak Naufal." Jom sayang " Firdaus terus merangkul pinggang Wafa dan berlalu daripada situ.

Naufal hanya mampu memandang sepi ke arah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience