BAB 16

Romance Completed 1748

" Fir tunggu! Fir! " Sofea berlari anak mengejar langkah Firdaus.Firdaus pula semakin mempercepat langkahnya. Kalau boleh dia malas nak berhadapan dengan Sofea." Fir berhenti lah! " Sofea mula geram.
" You nak apa ni Sofea? " soal Firdaus malas. Dia terpaksa berhenti apabila Sofea sudah menghalang jalannya." Kenapa dengan you ni ha? Tiba-tiba jer you hantar mesej yang you nak putuskan hubungan kita. Kenapa? " soal Sofea tidak puas hati.

" Kan I dah cakap yang I nak berubah. I nak kembali balik pada isteri I. Apa yang jadi antara kita sebelum ni adalah kesalahan yang paling besar I buat. Kita tak sepatutnya jalinkan hubungan kita semula ".Mencerlung mata Sofea mendengar kenyataan Firdaus." Fir I tak tahu lah apa yang dah buatkan you tiba-tiba jer berubah. I sayangkan you. Please lah jangan buat I macam ni ".
" Allah yang sedarkan I Fea. Apa yang kita buat ni salah. I tak sepatutnya duakan perempuan sebaik Wafa. I patut bersyukur ada isteri sebaik dia. Tolonglah faham Fea. Antara kita dah lama habis. Kita mulakan hidup baru. Teruskan hidup masing-masing "." No! I tak nak. I tahu you dah tak cintakan perempuan tu kan? Fir I merayu jangan buat I macam ni " Sofea masih memujuk.
" Empat tahun lepas waktu I susah, you pergi Fea. You pergi tinggalkan I. Waktu tu I hilang kerja, hilang kawan. I kena buang dengan family I sebab I pilih untuk jalinkan hubungan dengan you. Tapi the end you tinggalkan I. Yang ada waktu tu Wafa. Dia yang bantu I bangkit semula dalam hidup. Dan I rasa I tak sepatutnya sia-siakan perempuan macam dia. Dia lebih bermakna daripada you Fea. Cuma selama ni I jer yang buta " Firdaus mengimbas kembali apa yang jadi pada hidupnya empat tahun lepas.Memang Wafa yang banyak membantunya ketika dia susah. Mereka berkenalan ketika Wafa menghalang Firdaus daripada cubaan membunuh diri kerana terlalu tertekan. Wafa lah yang bagi semula semangat untuk Firdaus terukan kehidupannya.
" Tapi dia mandul Fir. Dia tak boleh bagi you zuriat "." Apa bezanya kalau I pilih you? You sendiri cakap you tak nak rosakkan badan you dengan mengandungkan anak I. Wafa tak mandul. Dia tengah mengandungkan anak I sekarang ni. Dan andai ditakdirkan dia tak boleh bagi I zuriat sekalipun, I tetap pilih dia. Jangan ganggu I lagi " Firdaus terus beredar meninggalkan Sofea.

Sofea ketap bibirnya menahan geram.
" Aku takkan lepaskan kau senang-senang macam tu jer ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience