BAB 6

Romance Completed 1748

Lama Wafa merenung gambar-gambar yang diberikan oleh Lan. Hatinya hancur berkecai saat melihat gambar-gambar mesra suaminya dengan seorang gadis." Memang confirm suami puan ada hubungan dengan perempuan tu "." Siapa perempuan ni? " soal Wafa.
" Perempuan tu model. Nama dia Sofea. Dia bekas kekasih suami puan".
Bekas kekasih? Firdaus langsung tidak pernah menceritakan apa-apa tentang bekas kekasihnya sebelum ini." Sofea tu baru balik Malaysia tiga bulan lepas. Dia model dekat US. Tapi sekarang dia dah pindah terus kat sini" tambah Lan lagi.Wafa mengangguk faham.
" Sabar ya puan. Puan okay? "." Saya okay. Terima kasih Lan. Ni payment awak " sampul surat berwarna coklat dihulurkan pada Lan." Terima kasih puan. Ada apa-apa lagi yang puan nak saya buat? ".Wafa menggeleng.
" Awak boleh balik. Thanks okay " ." Okay puan. Saya balik dulu " Lan terus beredar.Wafa meraup wajahnya. Dia tak salahkan Firdaus. Semuanya berpunca daripada dirinya sendiri juga. Dia yang tak dapat berikan zuriat pada Firdaus. Mungkin itu salah satu sebab Firdaus mencari yang lain.
" Abang, jom breakfast. Wafa ada masakkan nasi goreng kampung. Favourite abang kan? " Wafa tersenyum lebar pada suaminya.Firdaus melangkah ke ruang makan." Wah sedapnya " dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.Wafa mengisi nasi goreng ke dalam pinggan Firdaus." Kalau sedap, makan lah banyak-banyak "." Boleh gemuk abang kalau macam ni" balas Firdaus.Tawa mereka bersatu. Firdaus makan dengan penuh berselera sekali. Masakan Wafa memang tidak pernah mengecewakannya.
Walaupun Wafa lahir dalam keluarga yang berada, dia masih rajin memasak dan membuat kerja rumah. Katanya lebih selesa apabila melakukannya sendiri berbanding menggunakan khidmat pembantu rumah.Wafa perhati Firdaus yang begitu berselera makan nasi goreng yang dimasak." Sayang kenapa tengok abang makan? Tak makan sekali ke? " soal Firdaus." Wafa suka tengok abang makan "." Macam tu pulak. Bukannya kenyang pun tengok abang makan "." Abang, Wafa nak tanya sikit boleh? "." Apa dia? "." Abang sayangkan Wafa? " .Firdaus terus berhenti makan." Sayang tanya soalan apa ni? Mestilah abang sayangkan Wafa. I love you so much " kepala Wafa diusap perlahan.Wafa tersenyum kecil mendengar jawapan Firdaus." Kenapa tiba-tiba Wafa tanya ni? Ada apa-apa ke? " soal Firdaus.Wafa menggeleng perlahan." Saja nak tanya. Wafa pun sayangkan abang jugak "." Of course lah Wafa sayang abang. Kalau tak, takkanlah Wafa masak sedap-sedap bagi abang makan kan ".

" Tahu takpa ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience