BAB 17

Romance Completed 1748

Firdaus melangkah masuk ke dalam rumah. Dia terdengar bunyi muzik yang begitu kuat sekali." Assalamualaikum ".Terkedu Firdaus melihat Wafa yang sedang berzumba.
" Sayang! ".Bunyi muzik yang kuat menenggelamkan suaranya.Pantas Firdaus menutup bunyi muzik itu.Wafa tersentak." Eh abang dah balik? "." Ya Allah sayang kenapa lompat-lompat ni? " soal Firdaus risau.
" Kenapa? Wafa zumba lah. Dah lama rasanya tak berzumba. Badan Wafa macam dah berisi sikit jer Wafa rasa" jawab Wafa." Tapi sayangkan mengandung. Mana boleh lompat-lompat macam tu. Kalau jatuh macam mana? Sekarang kan masih awal bulan lagi, sayang tak boleh bergerak terlalu aktif sangat ".Wafa ketap bibir. Alamak macam mana aku boleh lupa aku sepatutnya buat cara macam orang tengah mengandung.
" Sayang? ".
" Err ya. Hehehe Wafa lupa lah " balasnya." Lepas ni jangan macam ni lagi okay. Nak bersenam ke berzumba ke tak ada masalah. Cuma jangan lompat-lompat macam tadi tu, abang pulak yang seram tengok ".Tawa mereka bersatu." Sorry abang "." It's okay " Firdaus membuka tali lehernya." Abang nak makan tak? Wafa panaskan lauk "." Takpa sayang pergi naik atas mandi dulu. Biar abang jer yang panaskan lauk tu. Nanti kita makan sama-sama okay? "." Eh takpalah. Biar Wafa yang buat. Abang kan baru balik kerja mesti penat "." Tak sepenat mengandungkan anak abang. It's okay sayang. Abang boleh buat. Setakat panaskan lauk tu jer apalah sangat ".
Wafa tersenyum kelat. Dia rasa bersalah pula kerana telah menipu Firdaus soal kandungannya. Maafkan Wafa abang." Betul ni? " soal Wafa minta kepastian." Betul sayang " pipi Wafa dicubit perlahan. Sebelum dia melangkah ke dapur.Wafa semakin jatuh cinta dengan sikap Firdaus yang begitu prihatin terhadapnya.
" Mari sini sayang " Firdaus menepuk pehanya dan menyuruh Wafa berbaring di atas pehanya.Wafa hanya menurut. Dia melangkah ke arah Firdaus yang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen. Kepalanya dibaringkan di atas peha suaminya itu." Sayang, esok abang cuti. Kita pergi checkup baby nak tak? " soal Firdaus.
Terbuntang mata Wafa." Err takpalah abang. Kan kandungan Wafa masih awal lagi " Wafa mencari alasan." Apa salahnya untuk checkup kan.Esok kita pergi ya? "." Alah nanti jer lah abang. Esok Wafa baru nak ajak abang pergi makan tomyam. Wafa teringin "." Alolo isteri abang ni mengidam ya? Okaylah esok kita pergi makan tomyam ya? Sayang makan puas-puas".
Wafa menganggukkan kepalanya perlahan. Dia menarik nafas lega kerana Firdaus sudah tidak mendesaknya untuk pergi ke klinik esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience