BAB 8

Romance Completed 1748

" Kau tahu tak Wafa, kau ni dekat luar jer nampak kuat. Tapi sebenarnya kau lemah. Sebabkan kau terlalu cintakan Fir, kau sanggup hadap semua ni. Kau sanggup tahan sakit " .
" Risa, kerana terlalu cinta lah alasan seseorang tu masih bertahan. Aku cintakan suami aku sangat-sangat Risa. Dan kalau suatu hari nanti ditakdirkan aku kena berkongsi kasih sayang suami aku dengan perempuan lain pun aku sanggup. Asalkan Fir masih jadi milik aku. Aku tak sanggup nak kehilangan dia " air mata Wafa semakin lebat.
Ini pertama kali dia menangis di hadapan Risa. Risa bangun dari duduknya. Dia terus memeluk erat tubuh Wafa. dia juga turut menangis.
" Menangislah Wafa, menangislah. Lepaskan semuanya ".Teresak-esak Wafa menangis di bahu Risa.Selepas menunaikan solat Isyak, Wafa menadah tangan berdoa kepada Allah.
" Ya Allah, kau panjangkanlah jodoh aku dengan suami aku di dunia dan di akhirat kelak. Kau permudahkanlah segala urusan kami. Kau jauhkan lah kami dari segala bahaya. Kau kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah. Kau lindungilah kami dari segala kemungkaran dan kemaksiatan serta godaan syaitan laknatullah. Sesungguhnya hanya pada-Mu aku berserah. Tiada yang lain melainkan hanya pada-Mu. Amin Ya Rabbal Aa Lamin.. " air matanya mengalir di pipi.
Tanpa Wafa sedar, sejak daripada tadi Firdaus berdiri di hadapan pintu bilik. Dia mendengar setiap butir kata yang Wafa doa. Hatinya tersentuh.Dia tahu dia salah kerana menduakan Wafa. Tapi entah kenapa dia masih mahukan Sofea. Walaupun dia sudah ada isteri yang sempurna seperti Wafa, dia masih mahu mencari yang lain." Abang? " Wafa terkejut saat melihat batang tubuh yang seang berdiri di hadapan pintu bilik mereka.Firdaus cepat-cepat mengesat air matanya. Dia tidak mahu Wafa tahu yang dia sedang menangis."Hai sayang " Firdaus tersenyum memandang Wafa." Kenapa abang berdiri kat situ? Dah lama abang balik? " soal Wafa.

" Abang baru jer balik. Abang nampak sayang tengah solat. Jadi abang tunggu sampai sayang dah habis solat" balas Firdaus.Wafa mengangguk. Tiba-tiba Firdaus menariknya ke dalam pelukan." Sayang, abang nak Wafa tahu walau apa pun yang terjadi abang tetap sayang dan cintakan Wafa. Sampai akhir nafas abang, abang tetap cintakan Wafa " bisiknya di telinga Wafa.

Wafa terkedu. Dia yakin Firdaus mendengar ketika dia berdoa tadi. Mungkin kerana itu Firdaus rasa serba salah dengannya.
" Wafa pun cintakan abang ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience