BAB 20

Romance Completed 1748

Firdaus memandang sayu ke arah Wafa yang sedang terbaring kaku di atas katil. Kaki dan kepala isterinya itu berbalut. Mujur saja kecederaan pada kepala dan kaki isterinya itu tidak terlalu serius.
Terimbas kembali di kepalanya perbualan dia dan Risa di ruang menunggu tadi." Fir, ada benda aku nak beritahu kau pasal Wafa "." Apa dia? " soal Firdaus.
" Sebelum kau tahu daripada doktor, baik aku beritahu kau dulu. Wafa sebenarnya tak mengandung pun ".Firdaus mengangguk perlahan." Aku tahu " sebenarnya dia sudah tahu yang Wafa cuma berpura-pura. Dia saja tidak mahu Wafa tahu yang dia sudah tahu Wafa sebenarnya cumalah berpura-pura.
" Kau tahu? Tapi.. "." Aku terdengar perbualan telefon Wafa dengan kau waktu tu "." Tapi kau jangan salah faham pulak Fir. Wafa tak ada niat nak tipu kau. Dia buat semua ni sebab kau. Dia terlalu cintakan kau. Jadi dia takut dia akan kehilangan kau " jelas Risa. Dia tidak mahu Firdaus salah faham dengan Wafa nanti." Aku tahu Risa. Aku tahu semua ni berpunca daripada diri aku. Aku yang cari masalah " balas Firdaus kesal." Aku tahu kau baik Fir. Aku tak minta banyak pun dengan kau, cuma tolong jangan sakitkan hati Wafa lagi. Aku tak sanggup tengok dia sakit lagi. Tolong hargai dia " ujar Risa sebak.

" Aku janji aku akan jaga Wafa sebaik mungkin. Thanks Risa ".Risa mengangguk perlahan.Perlahan-lahan Wafa membuka matanya. Dia memerhati sekeliling. Baru dia teringat Sofea menolaknya daripada tangga sehingga terjatuh." Sayang. Sayang dah sedar? " Firdaus terus mendapatkan Wafa.Wafa tiba-tiba menangis teresak-esak.
" Abang, Wafa minta maaf "." Hey, sayang. Shhh jangan menangis. Kenapa ni? "." Abang Wafa minta maaf sebab dah tipu abang.Sebenarnya Wafa tak mengandung pun ".Firdaus mengesat air mata Wafa.

" Abang tahu. Sayang tak perlu minta maaf. Semuanya berpunca daripada abang jugak. Abang yang sepatutnya kena minta maaf dengan sayang "." Mungkin inilah balasan Wafa sebab dah tipu abang "." Sayang jangan cakap macam tu. Abang minta maaf sebab duakan sayang. Abang tak hargai perempuan yang dah banyak berkorban untuk abang. Maafkan abang ya? ".Wafa mengangguk perlahan." Abang janji abang akan hargai sayang dan abang takkan biarkan air mata Wafa mengalir lagi. Walau apa pun dugaan, kita harungi sama-sama ya sayang? " .
" Insya Allah abang. Wafa cintakan abang "." I love you more sayang " dahi Wafa dikucup lembut.
Ya Allah kau peliharalah hubungan kami berdua ya Allah. Panjangkanlah jodoh kami berdua. Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke syurga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience