BAB 11

Romance Completed 1748

" Sayang tak main-main kan? " soal Firdaus lagi." Tak. Wafa memang pregnant. Tadi Wafa rasa tak sedap badan, Wafa terus pergi klinik. Doktor cakap Wafa pregnant dua bulan " balas Wafa." Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah " Firdaus terus memeluk erat tubuh isterinya itu. Ubun-ubun Wafa dikucup berkali-kali. Berita itu benar-benar buat dia gembira." Sayang lepas ni sayang kena jaga kandungan sayang baik-baik okay. Jangan buat kerja berat sangat. Abang tak nak apa-apa jadi dekat sayang dan anak kita " perut Wafa yang masih kempis itu diusap perlahan.
" Insya Allah abang "." Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan jugak doa kita kan ".Wafa tersenyum nipis.' Maafkan Wafa sebab terpaksa tipu abang. Wafa tahu Wafa salah sebab tipu abang. Tapi Wafa dah tak ada cara lain untuk dapatkan abang semula ' gumam Wafa dalam hati.Tipulah dia jika dia langsung tidak rasa bersalah kerana telah menipu Firdaus. Namun dia tiada pilihan lain. Ini saja cara yang dia mampu lakukan untuk kembalikan Firdaus seperti dulu.
" Abang happy? " soal Wafa." Mestilah happy sayang. Dah tiga tahun kita kahwin kan. Abang dah penat nak jawab bila orang tanya bila nak ada anak and sekarang ni Allah makbulkan doa kita selama ni. Abang tak sabar nak tunggu kelahiran anak kita. Terima kasih sayang " jari jemari Wafa digenggam kemas." Wafa pun tak sabar nak tunggu anak kita lahir "." Abang akan make sure kesihatan Wafa sentiasa baik. Abang akan jaga Wafa betul-betul " janji Firdaus.
Wafa merasa begitu bahagia apabila sikap Firdaus berubah kembali seperti dulu." Ya Allah Wafa, itu kerja gila namanya " Risa terkejut apabila Wafa memberitahunya tentang pembohongannya.
" Ya aku tahu Risa. But I don't have any choice. Aku betul-betul cintakan dia. Aku tak sanggup nak kehilangan dengan dia. Bila aku cakap aku pregnant, dia happy sangat. Layanan dia pada aku pun sama macam awal-awal kitorang kahwin " jelas Wafa. Bukan niatnya untuk menipu Firdaus." Ya aku tahu kau cintakan dia Wafa. Tapi sampai bila kau nak tipu dia? Kalau dia tahu yang sebenarnya tak mengandung pun macam mana? " soal Risa.
Wafa menggeleng perlahan." Buat masa ni aku tak fikirkan semua tu lagi. Aku akan cuba cari jalan ".

Risa mengeluh perlahan. Wafa memang buat kerja gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience