BAB 9

Romance Completed 1748

Tengahari itu Wafa menemani Risa makan tengahari di restoran berhampiran dengan pejabat Risa. Risa bekerja sebagai akauntan di sebuah Syarikat. Wafa sebelum ini bekerja di syarikat papa nya sendiri, namun selepas berkahwin dengan Firdaus, dia berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Cuma kadang kala Wafa membantu Datin Ramlah menguruskan butiknya.
" Jom makan kat situ. Ramai cakap sedap tau " ajak Risa.Kebiasaannya dia akan makan tengahri sendri tetapi hari ini Wafa sudi menemaninya makan." Okay boleh. Jom ".Mereka berdua melangkah masuk ke dalam restoran yang diberi nama Selera Kampung. Pelanggan restoran agak ketika ini. Ramai yang menyukai makanan di restoran ini kerana mereka menyediakan masakan kampung yang susah nak dapat di bandar Kuala Lumpur uni.Lagipun sekarang memang waktu makan tengahari jadi tidak hairanlah jika ramai pelanggan yang datang ke restoran itu.Risa cepat-cepat menarik tangan Wafa sebaik melihat ada sebuah meja kosong." Finally ada juga meja kosong lepas 10 minit kita pusing dalam kedai ni " Risa tarik nafas lega.Wafa hanya ketawa kecil. Selepas itu seorang pelayan restoran datang ke meja mereka untuk mengambil pesanan." Wafa kejap ea. Aku nak pergi toilet " kata Risa." Okay " .

Risa terus beredar ke tandas. Tiba-tiba Wafa terpandangkan seseorang yang sangat dia kenali sedang duduk makan bersama seorang gadis.Wafa ketap bibir melihat aksi romantik mereka. Hati isteri mana yang tak sakit melihat kemesraan suaminya bersama dengan seorang gadis. Namun dia hanya mampu menahan.10 minit kemudian, Risa kembali ke meja." Kau okay Wafa? " soal Risa. Pelik melihat Wafa yang tiba-tiba sahaja diam dan dia perasan air muka Wafa berubah sedikit.Wafa ukir senyum nipis." Aku okay " balasnya ringkas.

Wafa termenung sendiri. Mata saja melihat televisyen tapi fikirannya jauh melayang ke arah lain." Ya Allah kuatkan aku ya Allah. Tabahkan hati aku. Kau tak boleh menangis Wafa. Kau tak boleh jadi lemah. Kau kena kuat untuk diri kau " Wafa berperang dengan perasaannya sendiri.Kadang-kadang dia sendiri tak faham kenapa dengan dirinya. Kalau orang lain yang berda di tempatnya, sudah lama pergi meninggalkan suami seperti Firdaus. Tetapi dia masih setia di sisi Firdaus dan mahu pertahankan hubungannya selagi dia mampu.

" Anak ialah pengikat kasih pasangan suami isteri. Dengan kehadiran anak, suami dan isteri di luar sana akan lebih bahagia " Wafa membaca petikan yang ada di majalah yang baru dibelinya tadi.

Tiba-tiba dia mendapat satu idea.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience