BAB 1

Romance Completed 1748

Walau kau menghapus,
Menghempas diriku,
Mengganti cintaku,
Semua tak mampu,
Hilangkan cinta yang telah kau beri..

Walau kau berubah,
Aku kan bertahan,
Di sepanjang waktuku,
Biarkan aku mencintaimu dengan caraku..

Wafa mengerling jam di dinding. Sudah pukul 1 pagi tetapi suaminya masih belum pulang. Dia memandang pula ke arah meja yang telah siap dihias cantik. Macam-macam jenis makanan yang ada di atas meja itu. Daripada pagi dia memasak semua iti. Semua itu adalah makanan kegemaran suaminya.

Hari ini ulang tahun perkahwinan mereka yang ke tiga. Jadi Wafa ingin membuat kejutan buat suaminya, Firdaus. Tapi hampa, hingga waktu ini suaminya masih belum pulang. Puas dia menghubungi Firdaus tetapi satu panggilan pun tidak berjawab.

Keluhan berat terlepas daripada bibir Wafa. Tipu lah jika dia cakap yang dia langsung tidak kecewa. Penat dia lakukan semua persiapan ini, tetapi suaminya tidak pulang.

" Sabar Wafa. Mungkin dia ada urusan lain. Sekejap lagi dia mesti balik " Wafa memujuk dirinya sendiri.

Sejak dua tiga menjak ini perangai Firdaus sudah berubah. Dia selalu pulang lewat ke rumah. Jika hari minggu pula, dia jarang meluangkan masa dengan Wafa. Selalu memberikan alasan yang dia banyak kerja perlu disiapkan. Kadang-kadang hari minggu pun dia keluar. Katanya ada kerja di pejabat.

Wafa yang pada awalnya meragui suaminya itu cuba berfikir positif. Dia tidak mahu fikir yang bukan-bukan. Walaupun sudah acap kali telinganya mendengar Firdaus ada hubungan dengan seorang model. Tetapi Wafa tidak mempercayainya selagi dia tidak melihat dengan matanya sendiri.

Kepercayaan itu penting dalam sesebuah hubungan. Jika tiada kepercayaan pada pasangan, hubungan tidak kemana. Wafa percayakan Firdaus. Selagi dia tidak melihat dengan matanya sendiri, dia tidak akan percaya apa yang dikatakan orang sekeliling. Biarlah orang nak kata apa pun tentang dia dan Firdaus. Wafa tak peduli.

Jarum jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi dan Firdaus masih belum pulang. Mata Wafa sudah mengantuk. Tersengguk-sengguk dia cuba menahan daripada tertidur.Akhirnya Wafa membuat keputusan untuk menghantar pesanan ringkas pada Firdaus.

To : My Love
Happy anniversary yang ke tiga abang. Alhamdulillah dah tiga tahun kita jadi pasangan suami isteri. Maafkan Wafa sebab masih belum mampu berikan abang zuriat. Mungkin belum rezeki kita lagi. Insya Allah suatu hari nanti, Wafa percaya Allah akan kurniakan kita zuriat juga. Semoga Allah berkati hubungan kita dan jodoh kita kekal hingga syurga. Wafa cintakan abang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience