1

Other Series 3806

RIUH-RENDAH suara di pasar kian sayup kedengaran di telinga aku. Mataku hanya tertumpu pada budak lelaki yang menangis di hadapan aku.

"Ayah...." Tangis kanak-kanak malang itu.

Entahkan dia ketinggalan atau ditinggalkan. Aku mengetap gigi. Cuma mampu berharap bahawa telahan kedua aku salah.

Aku melutut. Tangan budak itu aku genggam.

"Adik, apa kata kita tunggu ayah adik kat tepi sana" Pujuk aku. Banyak mata yang kian tertumpu ke arah kami. Kedengaran juga bisik-bisik yang kurang menyenangkan. Aku tak endahkannya.

Kanak-kanak kecil itu aku bawah ke tepi.

_______________ ❤️ _______________

AKU menghelakan nafas lega apabila budak lelaki itu berhenti menangis. Penat juga nak memujuk budak-budak ni.

"Dik, apa nama adik?" Aku cuba ajak dia berbual. Mengalihkan perhatian dan ingatannya.

"Nama adik Rizqi" Balasnya. Suaranya kedengaran serak. Yelah, baru lepas menangis.

"Oh sedap nama tu. Umur adik berapa?" Soal aku lagi. Tangan aku mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandang.

"Umur adik 8 tahun."

Mata Rizqi tertumpu pada barang yang aku keluarkan. Rubik kiub. Aku memecahkan warna-warna di rubik itu dengan memusing-musingkannya.

"Adik ada berapa beradik?" Soal aku lagi - masih memecahkan warna rubik. Mata Rizqi amat fokus pada rubik di tanganku.

Selesai memecahkan warna itu, aku kembali menyelesaikannya.

"Rizqi?" Panggilan aku terbiar sepi. Wow. Kagum aku dengan fokusnya yang diberi sepenuh perhatian pada tangan aku.

Setengah minit kemudian, rubik itu telah berjaya aku selesaikan. Wajah Rizqi kelihatan berubah ceria dan kagum. Aku tersenyum lelah.

" Adik, tadi abang tanya sesuatu. Adik dengar tak?" Soal aku kembali.

Rizqi memandang aku dengan pandangan bingung. Tak dengarlah tu.

"Abang tanya apa?" Soalnya pula.

Aku menepuk dahi. "Tak ada apa lah. Abang pun dah lupa."

Aku melihat jam di tangan aku. Setengah jam lagi kalau tiada orang yang menuntut Rizqi, aku nak bawa budak itu ke balai polis yang terdekat.

Rizqi menyelongkar barangan di dalam beg sandangnya. Eh, aku tak cakap yang dia ada sandang beg warna biru ke?

Bekalan yang berisi roti buku tanpa inti dikeluarkan dari beg sandangnya. Roti kosong itu perlahan-lahan disuap ke dalam mulutnya. Belum pun sempat ia disuap ke dalam mulut, aku pantas merampas roti tersebut.

Rizqi kelihatan terpinga-pinga. Macam nak nangis pun ada juga. Aku menudingkan jari ke atas sebagai tanda 1.

"Satu, Rizqi tak baca doa. Dua, abang rasa nak tukar makanan dengan Rizqi. Abang ambil roti Rizqi, Rizqi amik sosej abang." ujar aku sambil menunjukkan bungkusan yang aku beli di pasar tadi. Selain sosej, terdapat juga nasi lemak dan roti canai.

"Baca doa? Apa tu? Macam mana tu?" Soalnya polos.

Aku mengetap gigi lagi. Aku berdecit perlahan. Aku duduk di sebelahnya. Tangan aku tadah.

"Tadah tangan macam ni. Macam nak ambil air." Arah aku.

Rizqi hanya akur dan mengikut.

"Lepas tu baca doa ni. Abang baca, Rizqi ikut tau. Macam ni..." Aku membaca doa diikuti oleh Rizqi.

Selesai membaca doa, kami mula makan. Rizqi bersetuju untuk saling tukar makanan walaupun pada dia, kami berkongsi makanan. Tulusnya jiwa kanak-kanak.

_______________ ❤️ _______________

" ABANG, Rizqi sakit perut"

Pula dah. Mana ada tandas dekat pasar ni. Nak tak nak, tandas paling dekat boleh pergi adalah tandas di rumah aku.

Pantas aku menyuruh Rizqi panjat di bahagian belakang badan aku. Lalu aku mengangkatnya. Aku segera menuju ke kawasan flat aku yang tidak jauh dari sini (agak jauh sebenarnya).

Setibanya di hadapan rumah, aku menurunkan Rizqi ke lantai. Nafas aku tercungap-cungap. Penat juga naik tangga sambil angkat orang. Flat ni kena sediakan lift suatu hari nanti.

"Rizqi tahan kejap ye. Abang buka pintu." Ujar aku.

Rizqi mengangguk dengan muka yang tertahan-tahan. Tak tahan sangat nampaknya sampai tak mampu nak bercakap.

Usai membuka pintu, aku membawa Rizqi hingga ke depan pintu tandas. Kemudian, dia masuk dan mengunci pintu tandas dari dalam. Beg sandangnya aku pegang.

Aku segera beredar ke ruang tamu. Harap-harap dia tak salah buka pili air. Doa aku dalam hati.

_______________ ❤️ _______________

"WAHH!"

Jeritan Rizqi bergema di bilik air. Aku bergegas ke depan pintu bilik air. Bimbang.

"Rizqi?" Pintu tandas aku ketuk. Tak ada respon.

"Rizqi, kenapa ni?" Soal aku lagi.

Perlahan-lahan pintu dibuka dari dalam. Mata aku terbeliak. Aku menahan mulut dari menghamburkan gelak. Wajah Rizqi muram dan menahan sejuk.

Lencun. Habis basah pakaiannya. Rizqi mendakap tubuhnya yang kesejukan.

"Rizqi salah buka pili ek?" Teka aku.

Rizqi mengangguk lemah.

"Rizqi terbuka pili air pancut (shower)" ujarnya dengan nada kesal.

Aku menyuruh dia tunggu di situ sebentar sementara aku mencarikan tuala lebih untuknya. Aku menghamburkan gelak di dalam bilik aku tapi secara perlahan. Tak nak menyinggung perasaan Rizqi.

Jumpa sahaja tuala, aku terus bergerak ke tandas dan memberikannya pada Rizqi.

Rizqi yang memegang tuala itu tidak membuat apa-apa. Dia hanya melihat sahaja tuala itu. Jangan kata...

"Rizqi tak tahu macam mana nak lap." ujar budak lelaki itu.

Aku pantas mengambil tuala itu dari tangannya.

"Buka baju dan seluar" Arah aku.

Dia akur. Aneh pula aku rasa bila dia terlalu patuh. Tapi bagus juga.

Rizqi pantas membuka seluar dan bajunya. Sempat juga aku bertanya,

"Kat rumah, siapa yang lapkan Rizqi?" Soal aku.

"Ayah. Ayah suka puji bentuk badan Rizqi. Dia kata Rizqi handsome dan comel." Ujar Rizqi ceria. Nampak sangat dia memang sayang ayah dia.

Usai sahaja Rizqi membuka baju dan seluar, aku terpempan. Badannya berbirat dan berlebam.

"Rizqi, luka ni siapa buat?" Soal aku. Nak menangis aku melihatnya. Jangan, jangan. Kau kena nampak kuat.

"Ni mak yang buat. Dia tak suka Rizqi. Rizqi pun tak tahu kenapa" Wajah Rizqi berubah muram. Sedih. Tapi dia tidak membenci. Kagum aku. Tak mampu aku untuk tidak membenci orang yang mendera aku.

Semasa aku hendak memakaikan Rizqi dengan pakaian aku yang besar sangat untuk dia, dia menolak. Katanya, dia membawa baju sendiri.

Aku memakaikan dia dengan pakaian tersebut. Pakaiannya yang basah tadi aku letakkan dalam mesin.

Aku kembali ke ruang tamu. Duduk berhadapan dengan Rizqi yang sedia menanti aku.

"Rizqi, jujur dengan abang. Luka kat punggung Rizqi tu siapa yang buat dan apa yang dibuat?" Soal aku. Nada aku kedengaran tegas hinggakan Rizqi kelihatan agak takut.

"T..tu..tu ayah yang buat. Dia kata tu hadiah dan tanda dia sayang Rizqi." Balas Rizqi perlahan. Nadanya takut-takut dan terketar.

"Apa yang ayah kesayangan Rizqi tu buat?" Soal aku walaupun aku rasa aku dah tahu jawapannya. Gigi aku ketap.

Rizqi tidak menjawab soalan aku dan hanya diam.

"Rizqi suka ke hadiah yang dia bagi?" Soal aku lagi.

Diam.

Aku mengeluh hampa.

"Tak. Rizqi tak suka tapi ayah kata kalau Rizqi tolak maknanya Rizqi tak sayang dia jadi... jadi.." Air mata mula mengalir ke pipinya.

Aku pula yang jadi serba salah. Aku memeluk kanak-kanak tak bersalah itu. Dia terus menangis di dalam dakapanku. Aku mengosok-gosok perlahan belakang badannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience