6

Other Series 3806

"TRY baju yang ni pula." Aku menghulurkan baju yang aku pilih kepada Rizqi yang masih berpakaian baju yang sebelum ini dicubanya.

"Abang, komenlah adik pakai ni nampak macam mana?" Soal Rizqi lalu memuncungkan bibirnya. Huluran baju aku tidak disambut.

Aku memandang si kecil itu dari hujung rambut ke hujung kaki. Kemudian, aku membuat-buat terangguk-angguk. Seolah-olah menilai sesuatu. Rizqi menanti komen daripada aku. Wajahnya beriak teruja.

" Bolehlah."

Kata-kata aku menghampakan Rizqi yang semestinya mengharapkan sebuah pujian. Aku tergelak kecil. Wajah Rizqi yang teruja tadi bertukar riak masam.

Baju ditangan aku diambilnya kasar. Kemudian, baju itu dibawa Rizqi ke bilik persalinan baju.

Bam! Pintu dihempas kuat. Marahlah kononnya. Aku tergeleng-geleng. Senyum terlakar dibibir.

Hari ini, aku mengotakan kata-kata aku untuk membawa si comel itu membeli baju baru. 2 pasang baju lusuh Rizqi yang berwarna biru dan kuning itu dah patut ditukar pun.

Dah 3 hari Rizqi duduk bersama aku. Pelik juga sebab dia seperti tidak kesah apabila berjauhan dengan ayahnya. Bukankah dia sayang sangat dengan ayahnya? Mesti dia mahu pulang ke pangkuan ayahnya, bukan?

"Abang."

Aku tersentak apabila suara si kecil itu memanggil aku. Pantas anak mata aku beralih perhatian padanya.

Rizqi memandang aku dengan riak tak puas hati. Aku mengeluarkan telefon pintarku dan membuka aplikasi kamera.
Figura Rizqi terpapar dalam ruangan skrin.

"Macam ni lah baru handsome. Cuba senyum sikit."  Aku mengklik butang kamera pada skrin telefon.

Kcak!

Apabila mendengar bunyi kamera, Rizqi dengan pantas mengukir senyuman. Aku mengambil gambarnya beberapa kali.

"Senyum. Macam tu lah." Ujar aku.

Usai sesi bergambar, baju-baju yang dicuba Rizqi aku beli. Aku memberikan bungkusan baju-baju itu kepadanya.

"Nah. Baju adik, jadi adik kena pegang sendiri. Tak berat pun." Ujar aku.

"Abang tak beli baju sendiri ke?" Sambil menerima bungkusan tersebut, Rizqi bertanya.

"Tak. Baju abang ada banyak kat rumah tu." Balas aku sambil berjalan menuju ke luar kedai.

  _______________ ❤️ _______________

"SINI bungkusan baju tu." Aku meminta semula bungkusan tersebut daripada Rizqi untuk diletakkan ke dalam raga motor.

Rizqi patuh akan arahan aku. Baru sahaja selesai aku meletakkan bungkusan tersebut di dalam raga motor, Rizqi menyembunyikan jasad kecilnya di sebalik tubuh aku. Tidak sempat aku hendak duduk di atas motor.

"Adik? Kenapa ni?" Soal aku apabila melihat Rizqi yang seolah-olah tidak mahu dilihat sesuatu. Namun begitu, panggilan aku tidak dihirau. Mata si kecil itu sedang asyik melihat sesuatu.

Aku segera melihat ke arah yang dilihat Rizqi. Rupanya dia sedang melihat pintu masuk kedai pakaian yang kami pergi tadi. Mungkin ada sesuatu yang dia mahukan tapi aku tak beli. Tapi, aku dah suruh dia pilih pakaian yang dia nak.

Aku menyentuh bahu Rizqi sebelum bersuara, "Adik tengok apa kat pintu kedai tu?" Wajah si comel itu aku pandang.

Rizqi seolah-olah baru terjaga dari lamunan.

"Adik bukan tengok pintu tu. Adik tengok lelaki yang dekat dengan pintu tu." Jawab Rizqi. Matanya tidak beralih kepada aku. Masih kekal dengan apa yang diperhatikan.

Aku menoleh sekali lagi. Kali ini baru aku perasan kewujudan seorang lelaki berdekatan dengan pintu masuk kedai pakaian itu. Lelaki itu kelihatan sedang berkira-kira sama ada mahu masuk atau tidak ke dalam kedai pakaian itu.

"Adik kenal dia ke?" Soal aku lagi. Rasa ingin tahu membuak.

"Kenal. Dia ayah adik."

Aku tersentak. Ayah Rizqi? Maksudnya lelaki itulah yang...

Rasa marah secara tiba-tiba mendadak naik. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku lari ke hadapan lelaki itu. Kemudian, pukul lelaki itu. Tetapi, itu kalau aku ikutkan hati.

Terdetik pula di hati aku perasaan pelik.

"Kalau tu ayah adik, kenapa adik menyorok pula? Adik takut dia ke?" Soal aku. Rasa tahu semakin meluap-luap.

"Adik bukan takutkan dia. Adik menyorok ni sebab adik sayangkan dia." Balas Rizqi dengan nada perlahan.

Sayang? Lelaki tu tak layak menerima rasa sayang adik. Dia cabul adik! Dia buat sebab nafsu bukan sebab dia sayang adik juga.

Kalaulah aku boleh beritahu Rizqi macam tu. Ah, sakitnya hati aku. Gigi aku ketap.

" Kalau sayang, kenapa menyorok? Kenapa tak jumpa je terus?" Soal aku, hipokrit. Padahal aku tak nak pun dia kembali pada ayahnya. Kalaulah dia kembali pada ayahnya, aku akan sekeras-kerasnya menghalang.

"Nantilah adik cerita kat abang
Jom kita balik dulu." Ujar Rizqi dengan nada cemas. Aku memandang lelaki berdekatan pintu kedai pakaian tadi. Dia juga turut memandang kami.

"Nanti dia kenal adik. Kita dah tak boleh lari. " Rizqi menyambung bicaranya.

Aku akur. Segera tubuh kecil itu aku angkat dan letakkan di hadapan. Kemudian, aku naik ke atas motor dan menghidupkan enjin. Motor aku segera meluncur laju ke atas jalan raya dan meninggalkan kawasan itu.

  _______________ ❤️ _______________

Perspektif ketiga :

"MACAM Rizqi." Gumamnya perlahan. Dua kelibat yang berada berdekatan dengan motor dipandang. Agak jauh juga jarak mereka darinya hinggakan dia terpaksa mengecilkan mata untuk melihat mereka.

Dia melihat lelaki dewasa yang berdiri di sebelah kanak-kanak lelaki itu mengangkat budak itu ke atas motor. Dia menghantar kepergian mereka dengan pandangan. Di mindanya mula mengimaginasikan sesuatu berkenaan remaja dan kanak-kanak tadi. Bibirnya dijilat.

Beberapa saat kemudian, dia masuk ke dalam kedai pakaian yang berdekatan dengannya.

"Ya, Encik. Selamat datang." Seorang pelayan wanita mengalukan kehadirannya. Mesra suaranya. Wanita itu menghampirnya. Senyuman tak lekang dibibir wanita tersebut.

"Boleh saya tahu kat mana tempat pakaian kanak-kanak." Tanya dia.

Serentak itu, senyuman wanita itu pudar. Mungkin wanita itu mahu menggoda dia dan menyangka dia bujang.

"Sini, Encik." Hilang kemesraan dalam nada suara wanita itu. Wanita tersebut melangkah menuju ke seksyen pakaian kanak-kanak. Dia segera membuntuti langkah si pelayan itu.

Tiba di seksyen tersebut, wanita tadi segera beredar. Tergeleng kepalanya melihat ulah wanita tersebut. Gedik!

Dia melihat pakaian kanak-kanak yang terbentang di hadapannya. Dia tersenyum.

_______________ ❤️ _______________

SATU persatu bungkusan pakaian dibukanya. Kesemuanya merupakan pakaian kanak-kanak. Tidak kira jantina. Termasuklah pakaian-pakaian dalam.

Lelaki itu mula mencium-cium pakaian-pakaian tersebut. Dia sakit! Pakaian tersebut diramas-ramas. Namun, dia hampa. Semua pakaian tersebut berbau kedai. Bukan satu aroma yang dia mahukan.

Dia mengeluh.

"Rizqi... Ayah nak Rizqi." Rintihnya meleret.

Dia menuju ke meja komputernya. Fail-fail gambar di komputernya dibuka. Terdapat satu fail yang dikompilasikan di bawah nama 'Rizqi'. Dia membuka fail tersebut.

Gambar-gambar Rizqi daripada setiap sudut kelihatan. Dia menekan butang seterusnya berkali-kali. Tanpa sedar, air liurnya berjejeran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience