2

Other Series 3806

"ADIK.. adik, bangun." Aku mengerakkan tubuh Rizqi perlahan. Namun, tiada respon yang aku terima.

"Rizqi bangun." Ujar aku. Cuba memanggilnya menggunakan nama pula.

Mata Rizqi celik. Dia pantas bangun dari katilnya. Baju yang tersarung di badan pantas dibuka. Aku pelik dengan tingkah lakunya.

"Adik buat apa ni? Dah kenapa nak buka baju pula?" Soal aku.

Rizqi hanya diam apabila menyedari aku yang berada di hadapannya. Aku syak dia telah terbiasa melakukan itu ketika dikejutkan daripada tidur. Perkara itu menjadi tabiatnya.

Rizqi melihat ke luar jendela. Dahinya berkerut sekaligus keningnya bertaut.

"Petang lagi ni, bang. Kenapa abang kejut adik?" Soal Rizqi. Dia memandang aku.

"Abang nak ajak adik solat." Aku menjuihkan bibir ke suatu arah. Mata Rizqi mengikut arah yang aku tunjukkan. Ada 2 pasang sejadah yang diletakkan berdekatan.

"Apa tu?" Soal budak lelaki itu. Polos.

"Itu namanya sejadah. Alas untuk kita bersembahyang." Jelas aku.

"Macam mana nak sembahyang?" Soalnya lagi. Aku tersenyum.

"Sebelum abang ajar cara nak solat atau sembahyang, abang kena ajar Rizqi cara ambil wudhu' dulu. Jom masuk bilik air." Aku memimpin tangannya menuju ke bilik air.

Setibanya kami di hadapan pintu bilik air, Rizqi melepaskan pegangan tangan aku. Aku menoleh ke arah Rizqi. Dia kelihatan takut dan tubuhnya menggigil.

Kenapa pula ni? Elok je pagi tadi dia masuk bilik air. Aku jadi keliru.

"Kenapa ni, adik?" Soal aku. Berlembut dengan kanak-kanak kecil itu.

"E.. emak suka pukul adik d.. dalam bilik air." Rizqi mula membuka cerita.

Aku mengetap gigi. Emak apa macam tu?

" Abang janji abang tak buat apa-apa kat Rizqi. Abang ajar ambil wudhu' je. Lepas tu kita belajar sembahyang" Cadang aku. Jari kelingking dihulurkan.

"Janji?" Rizqi mengulang semula perkataan itu. Dia ragu-ragu untuk mengeluarkan jari kelingkingnya.

"Iya, janji." Lafaz aku.

Dua jari kelingking mula bertaut.

_______________ ❤️ _______________

"MACAM mana? Apa rasa lepas solat?" Soal aku pada Rizqi selepas selesai bacaan doa.

Rizqi agak ragu-ragu mahu bertanya. Namun, akhirnya terluah juga perkara yang menjadi tanda tanyanya.

"Abang, kenapa kita solat? Adik tak fahamlah." Ujar Rizqi.

"Okay, macam ni." Aku memegang tangan kecil Rizqi. "Manusia dengan manusia, bila kita nak luahkan perasaan, kita akan call guna telefon. Kita akan ceritakan rasa sayang kita, masalah kita pada orang yang kita call."

Terkebil-kebil mata Rizqi mendengar kata-kata aku. Aku menyambung bicara.

"Jadi, kalau dengan tuhan, solat tu adalah merupakan tempat untuk kita call dia. Tempat untuk kita luahkan masalah, minta petunjuk dan luahkan rasa sayang kita pada dia." Aku mengakhiri ucapanku.

Rizqi memandangku lama. Mesti ada lagi yang mahu dia tanya.

" Apa lagi adik nak tanya? "

" Abang cakap kita solat ni macam kita call dengan orang lain tapi bezanya kita call dengan tuhan dalam solat. " Petah budak lelaki berusia 8 tahun itu berbicara. "Tapi, kalau dengan manusia, diorang akan jawab. Kita boleh dengar suara diorang. Kalau dengan tuhan, macam mana nak tahu dia jawab ke tak?"

Aku terkagum dengan soalan yang dilontarkan. Senyuman tak lekang dari bibirku.

"Tuhan mungkin tak jawab panggilan kita dengan suara. Tapi, ingat dia Maha Berkuasa. Dia boleh jawab dalam pelbagai bentuk. Waima dalam mimpi sekalipun." Jelas aku lagi.

Rizqi terangguk-angguk jelas.

Seterusnya, aku mengajar dia melipat sejadah dan mengemasnya.

_______________ ❤️ _______________

" ABANG, yang tu apa pula? " Suara comel Rizqi kedengaran lagi.

Aku menepuk dahi. Banyaknya benda yang dia tak pernah nampak.

"Itu televisyen. Tempat kita tengok rancangan yang dirakam dan.." Penjelasan aku terhenti. Kalau aku jelaskan secara spesifik pun, fahamkah Rizqi?

"Abang pula nak tanya Rizqi."

Rizqi menoleh memandang aku.

"Nak tanya apa?"

"Rizqi tahu membaca?"

Rizqi menggeleng.

"Kalau abang ajar Rizqi membaca, Rizqi nak?" Soal aku.

"Nak.. Nak. Rizqi dah lama suruh ayah ajar Rizqi. Tapi, dia tak nak pula." Ujar Rizqi dengan nada girang.

Hati aku tersentap. Kenapa dia sebut nama ayahnya dengan begitu gembira?

"Okay, nanti abang ajar." Aku berujar.

Rizqi tersenyum. Comel.

"Abang, Rizqi lapar lah" Rizqi menggosok perutnya.

"Lapar? Okay, abang masak kejap. Rizqi duduk diam kat sini tau." Aku segera berdiri. Televisyen aku buka. Siaran kartun aku buka.

"Tengok je eh kartun ni" Kata aku lagi.

Rizqi terangguk-angguk. Matanya fokus pada televisyen. Aku dapati Rizqi memang seorang yang suka memberi sepenuh perhatian terhadap sesuatu perkara.

_______________ ❤️ _______________

AKU mengelap peluh yang merenik keluar dari dahi. Panas. Masakan aku sudah pun siap. Hanya tinggal nak menghidang sahaja.

"Adik, tolong abang kejap" Aku segera memanggil Rizqi.

Tiada respon. Beberapa saat kemudian, Rizqi tiba di ruangan dapur.

"Tolong apa, bang?" Soal Rizqi polos.

Aku memasukkan ayam-ayam yang aku goreng ke dalam sebuah mangkuk kaca. Kemudian, mangkuk itu aku serahkan pada Rizqi.

"Tolong bawa mangkuk ni ke depan."

Rizqi menyambut mangkuk yang berisi ayam itu dan membawanya ke ruang tamu.

Aku segera menyambung kerja aku. Kuah masak lemak yang dimasak, aku cedok ke dalam sebuah mangkuk.

Periuk nasi aku angkat keluar.

PRANG!

Bunyi kaca berderai kedengaran. Rizqi! Hati aku dilanda bimbang.

Aku segera menuju ke ruang tamu. Kelihatan kaca pecah dihiasi dengan ayam-ayam yang terjatuh ke lantai. Rizqi pula masih berdiri berdekatan.

"Riz-" Bicara aku dipotong Rizqi.

"Rizqi minta maaf." Tangannya diangkat dan digunakan untuk menghalang wajahnya. Dia mencangkung. "Jangan pukul Rizqi"

Aku tergamam. Aku? Nak pukul Rizqi? Apa yang buat dia fikir aku akan pukul dia?

"Adik, abang bukan nak pukul adiklah.." Lembut aku berbicara.

Rizqi mengangkat wajahnya perlahan.

"Be.. Betul?"

"Pernah ke abang tipu?" Soal aku semula.

Rizqi menurunkan tangannya.

"Sekarang ni jom kita bersihkan kaca-kaca dan ayam-ayam ni" Ujar aku. Aku mengambil plastik di dapur dan kembali semula ke ruang tamu.

Apabila aku tiba di ruang tamu, aku lihat Rizqi sedang mengutip ayam-ayam yang telah jatuh di lantai.

"Adik, ayam tu kotorlah. Buang je. Abang boleh goreng yang baru." Ujar aku.

Rizqi memandang aku. Dahinya berkerut. Wajahnya tak puas hati.

"Ish.. Ish.. Ish" Jari telunjuk tangan kanannya digoyang ke kiri dan ke kanan. "Abang ni.. Tak baik membazir" Macam mak nenek gayanya. Aku menahan ketawa.

"Bukan sengaja nak membazir, tapi dah jatuh kat lantai. Kuman, bakteria semua ada. Kan kena penyakit siapa susah?" Jelas aku.

"Tapi, adik biasa makan makanan kat lantai, sihat je."

Aku terdiam.

"Okay, adik kutip ayam-ayam tu. Tapi, lepas tu bilas dengan air. " Ujar aku perlahan. "Abang kutip kaca ni"

Air mata bergenang di tubir mata aku. Rizqi tidak menyedarinya dan segera menuju ke dapur dengan ayam-ayam yang dikutipnya.

Hilang sahaja kelibatnya di ruang tamu, aku menghamburkan tangisan. Air mata seolah tak mahu berhenti mengalir. Kuatnya kau, Rizqi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience