11

Other Series 3806

"SILA lengkapkan butir diri dalam borang ni"

Pengawai polis itu menyerahkan 2 helai borang pada aku. Aku menyambut helaian kertas tersebut. Aku melihat lencana nama pengawai tersebut.

Adnan.

"Lepas lengkapkan borang ni, kena buat apa?" Soal aku.

Adnan memalingkan wajahnya kepada aku. Wajahnya tampak garang. Seperti mau ditelannya aku hidup-hidup.

"Dah siap isi nanti, amik nombor giliran. Bila nombor giliran dipanggil bawa sekali borang tu." Adnan memberi panduan.

Aku terangguk-angguk.

"Terima kasih, encik." Ujar aku dengan sebuah senyuman.

Adnan tidak membalasnya. Dia menjeling ke arah Rizqi. Rizqi menyorok di belakang aku. Adnan kemudian berlalu pergi untuk menguruskan orang yang seterusnya.

"Jom kita pergi sana dulu. Isi borang." Aku mengajak Rizqi ke sebuah tempat yang dikhaskan untuk mengisi borang.

_______________❤️_______________

BANYAK perkara baru yang aku dan Rizqi ketahui tentang satu sama lain ketika sedang mengisi borang butir diri tersebut.

Antaranya termasuklah nama bapak Rizqi yang bukannya Rizal seperti di dalam mimpi aku. Rupanya dia ber-bin kan Lufti. Ye, Lufti bukan Lutfi. Berulang juga aku mengesahkan dengan Rizqi. Rizqi juga mengetahui usia aku yang baru mencecah 20 tahun.

Butiran mykad dan tarikh lahir Rizqi ditinggalkan kosong memandangkan maklumat itu tidak dimiliki. Rizqi pula tidak ingat tarikh lahirnya.

"Okay, dah siap. Jom amik nombor giliran."

Kami mengambil nombor giliran dan menunggu nombor kami dipanggil.

Apabila nombor kami dipanggil , kami terus pergi ke kaunter yang perlu dituju.

"Borang?" Pengawai yang bertugas di kaunter tersebut bersuara. Namanya Deraman.

Aku menghulurkan 2 helai borang yang berisikan maklumat diri aku dan Rizqi.

Deraman diam - membaca aduan yang tertulis dalam kertas tersebut.

"Dera? Hurm. Ayah ibu sendiri. Hurm." Deraman bergumam perlahan. Namun telinga aku lebih peka menangkap bunyi suaranya.

"Jadi, encik syak ibu bapa adik  ni dera dia?" Soal Deraman pada aku.

Aku angguk.

"Saya tak syak lagi , encik. Saya yakin." Tegas aku.

Deraman berdehem sedikit sebelum kembali berujar.

"Sebelum kita lanjutkan aduan ni, boleh saya tahu hubungan encik dengan adik ni?" Soal Deraman.

"Saya jumpa dia di pasar. Dia kena tinggal oleh ibu dia." Ujar aku tenang.

Deraman memandang aku. Seolah-olah tidak mahu percaya kenyataan aku.

"Begini, encik. Untuk kes-kes dera, kami ada prosedur yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu."

"Dan prosedur tersebut ialah?"

"Kita perlu amik keterangan adik ni dan kalau encik setuju, kita boleh buat pemeriksaan tubuh badan untuk sahkan tuduhan encik. Selepas itu.. hurm, kita takde maklumat lengkap tentang ibu bapa adik ni melainkan nama sahaja. " Deraman berjeda seketika.

"Biasanya, kita akan dapatkan waran tangkap dan serbu rumah pesalah. Tapi, kali ni kita takde alamat rumah ibu bapa adik ni."

Deraman menoleh ke arah Rizqi. Rizqi merangkul tangan aku. Menyembunyikan wajahnya di sebalik lengan aku.

"Adik tahu arah rumah adik dari pasar yang abang ni jumpa adik?" Soal Deraman dengan senyuman. Cuba bermesra dengan Rizqi.

Meremang bulu roma melihat senyuman Deraman. Langsung tak nampak mesra. Nampak seram.

Rizqi menggeleng kepala tanda tidak tahu.

Deraman kembali dengan wajah serius dan memandang aku.

"Kalau macam tu, encik buat dulu prosedur yang saya sebutkan tadi. Alamat rumah ibu bapa dia, saya akan cuba usahakan cari."

Aku mengangguk.

Deraman mengeluarkan sehelain kertas kecil putih. Dia mengambil pen dan menulis sesuatu di atasnya.

"Pada waktu dan tarikh ni, encik kena datang untuk sesi keterangan dan check body." Deraman menghulurkan sehelai kertas kepada aku. Aku mengambilnya.

Tarikh dan waktu yang tertulis di kertas aku lihat

10.00 a.m
xx/xx/20xx
(seminggu dari tarikh sekarang)
Dr. Xenn
Puan Marisah

"Terima kasih, encik." Ujar aku.

_______________❤️_______________

"JADI seminggu ni boleh lah abang luangkan masa dengan Rizqi." Aku mencuit hidung Rizqi.

Rizqi tergelak kecil. Dia memegang tangan aku yang masih cuba mencuit hidungnya.

"Apa kita nak buat seminggu ni?" Soal Rizqi.

Aku mengeluarkan kunci motor apabila kami menghampiri motor aku.

"Kita pergi jalan-jalan? Pergi tempat yang Rizqi nak pergi? Rizqi ada tempat ke yang Rizqi nak pergi?" Balas aku pula.

Rizqi mengangguk.

"Rizqi teringin nak ke mana?" Soal aku.

"Taman mainan."

Aku tersenyum. Kadang-kadang aku lupa Rizqi itu masih kanak-kanak yang berusia 8 tahun.

"Okay, nanti kita masukkan tempat tu dalam list tempat yang kita nak pergi."

_______________❤️_______________

Perspektif Ketiga

"KAU belum jumpa dia?" Soal lelaki yang memakai baju kemeja dengan kot diluar. Jam tangan analog dipandangnya sekilas.

"Belum, bos. Anak-anak buah saya masih mencari." Balas seorang lelaki yang berbadan keding. Pakaiannya tidak kemas seperti bosnya. Dia hanya memakai baju t-shirt yang nampak lusuh.

"Betina tu?" Soal lelaki berpakaian kemas itu lagi.

Lelaki keding itu menggeleng kepala. Dia melihat dua keping gambar ditangannya. Gambar seorang wanita dan seorang kanak-kanak.

"Takpe. Teruskan usaha kau." Lelaki berkot itu menepuk perlahan bahu si keding tadi.

Lelaki keding itu terangguk-angguk. Menurut arahan.

"Tapi, jangan lupa pula tugas utama kau." Lelaki berkot itu bertegas.

"Baik, bos." Ujar si keding.

"Bagus."

Lelaki keding tadi berkira-kira untuk mengatakan sesuatu pada bosnya. Mulutnya terkumat-kamit mengeluarkan butir bicara yang tidak jelas dengan perlahan.

"Kau nak apa lagi, Mat?" Soal bosnya.

Lelaki keding tadi, Mat atau Mamat tersenyum sumbing.

"Kalau saya jumpa budak ni, boleh ke saya nak- "

Belum sempat Mamat habis berujar, bosnya sudah memotong.

"Tak boleh! Aku je yang boleh sentuh dia." Lelaki yang bergelar bos itu bertegas. Nadanya meninggi.

Mamat hampa. Dia melihat gambar kanak-kanak lelaki yang kelihatan comel itu. Anak kepada bosnya.

"Sudah. Kau pergi tengok budak-budak kat luar sana tu. Kau nak buat apa dengan diorang, lantak kau." Arah bosnya.

Mamat tersenyum. Tak mengapalah dia tidak dapat anak bosnya itu, di luar bilik ini masih banyak budak-budak yang menantinya.

"Baik, bos."

Bagai lipas kudung, Mamat pantas berjalan keluar dari bilik bosnya.

Lelaki yang berpakaian kemas itu duduk di bangku miliknya setelah Mamat keluar. Dia meletakkan tanda nama di atas mejanya.

'LUFTI'

Gambar anaknya yang dibingkaikan diletakkan atas meja. Gambar Rizqi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience