8

Other Series 3806

CUP!

Aku mencelikkan mata biarpun terasa berat. Aku cuba untuk melihat sekeliling namun semuanya tampak kabur. Aku menyentuh bibir dengan jari. Terasa seperti ada sesuatu yang bersentuhan dengan bibir aku sewaktu aku lena tadi. Namun kerana rasa mengantuk yang kuat, aku kembali menutup mata dan tertidur. semula.

    _______________ ❤️ _______________

"ABANG!"

Tangan aku ditarik kuat. Aku menoleh ke arah si kecil itu. Dia memandang aku dengan pandangan mengharap.

"Nak apa, Rizqi?" Soal aku.

Rizqi mengangkat tangannya. Jari telunjuknya dituding ke suatu arah. Aku menoleh ke arah tudingannya. Kedai aiskrim. Aku tergeleng perlahan diiiringi dengan sebuah senyuman kecil.

"Nak ke?" Aku memandang si comel itu semula.

"Nakkk.." Meleret dia menjawab.

"Jom." Aku membawa dia ke kedai aiskrim tersebut.

Sebenarnya hari ini kami membuat rancangan untuk meluangkan masa di luar rumah. Jadi aku membawa Rizqi pergi ke sini. Sebuah pusat beli belah.

"Ye dik, nak aiskrim yang mana?" Seorang pelayan kedai tersebut menyapa Rizqi dengan ramah.

"Nak yang hijau tu." Rizqi memuncungkan bibir untuk menunjukkan aiskrim yang diingininya.

Pelayan itu mengambil aiskrim yang dipilih Rizqi. Kemudian, pelayan tersebut memandang aku pula.

"Abang tak nak beli sekali ke? Takkan belikan untuk anak je?" Pelayan tersebut tersengih. Barangkali mengharapkan aku juga turut membeli.

Anak? Rizqi?

"Takpe la, dik. Gigi abang sensitif. Cepat terasa." Aku beralasan untuk menolak.

"Oh kalau macam tu tak boleh la ek." Pelayan tersebut hampa.

Rizqi memandang aku semacam tak percaya. Sebab kitorang dah pernah makan aiskrim sama-sama sebelum ni. Aku kelip sebelah mata pada Rizqi. Jari telunjuk kanan diletak pada bibir sewaktu pelayan tersebut sedang menguruskan aiskrim Rizqi. Rizqi tertawa kecil.

"Semua sekali RM6, bang." Pelayan tersebut tersenyum mesra. Kemudian, dia memandang Rizqi. Barangkali terpegun dengan si comel itu.

Usai membayar, kami berjalan keluar dari kedai tersebut. Rizqi membuka aiskrimnya dan terus menikmati. Aiskrim yang Rizqi pilih ni bukan aiskrim batang tapi aiskrim mangkuk sebab tu harga mahal.

"RIZQI!!"

Beberapa langkah selepas kami keluar daripada kedai, satu suara yang tak dikenali melaung kuat nama Rizqi. Tak. Aku sorang je yang tak kenal suara. Sebab bila aku lihat Rizqi, dia menggeletar. Takut? Mungkin.

Aku menoleh. Mencari suara yang memanggil itu. Rizqi turut melakukan perkara yang sama. Beberapa saat mencari, akhirnya kami dapat menemukan kedudukan orang yang memanggil tadi.

Bunyi cecair bertembung dengan lantai kedengaran. Aku melihat aiskrim yang dimakan Rizqi tadi terlepas daripada pegangannya. Rizqi menarik kain baju aku.

"Ayah.." Kata si kecil itu perlahan.

Ayah? Jadi itulah orangnya yang..

Aku mengetap gigi.

"Rizqi, ayah rindu kamu. Dah lama ayah cari kamu." Ayah Rizqi mendekati kami berdua. Wajahnya tampak bimbang.

Aku berdiri membelakangi Rizqi.

"Kau siapa? Dia anak aku." Ayah Rizqi berubah wajah melihat aku menghalangnya berjumpa dengan Rizqi.

"Er..." Aku kelu. Perkara yang aku bimbangkan sedang terjadi.

Orang ramai mula berkerumun berhampiran kami.

"Entah-entah engkau yang culik anak aku tak?" Ayah Rizqi mula melemparkan tuduhan kepada aku.

"Saya tak.." Tiba-tiba sahaja kata-kata aku dipotong.

"Maaf mencelah. Boleh kami tahu apa masalah di sini? Sebab encik berdua, ramai orang berkerumun." Dua orang pengawal menghampiri kami. Aku jadi tak keruan.

Oh tuhan.

"Maaf. Saya Rizal. Anak saya Rizqi hilang seminggu lalu dan hari ini saya jumpa dia bersama dengan lelaki tak dikenali ni. Tu dia." Rizal menuding jari ke arah Rizqi. Kedua pengawal itu memandang Rizqi.

"Dan encik pula siapa?" Salah seorang daripada pengawal itu menyoal aku.

"Saya Haiqal. Saya jumpa Rizqi tempoh hari dan jaga dia sementara tunggu ada orang buat laporan pasal dia hilang." Jawab aku. Tangan kecil si Rizqi aku genggam. Seolah tak mahu dilepaskan. Mahu sahaja aku bawa dia lari dari sini.

"Encik Rizal ada bukti yang dia ni anak encik?" Pengawal kedua pula bersuara.

"Err.. ada, encik. Ada." Rizal mengeluarkan segulung kertas dari beg nya. Kertas tersebut diserahkan kepada pengawal tersebut. Pengawal tersebut lantas meneliti kertas berkenaan.

Selesai sahaja dia membaca kertas tersebut, pengawal tersebut memandang rakannya.

"Encik Rizal ni bapa dia. Ni sijil lahir adik tu."

Kedua pengawal tersebut kemudian memandang aku.

"Encik Haiqal. Adik ni anak Encik Rizal. Saya rasa kita boleh settle kan masalah ni dengan elok kan. Adik Rizqi, adik boleh pergi kat ayah adik balik." Pengawal tersebut menetapkan kata putus.

"Rizqi.." Rizal mengambil Rizqi daripada aku. Rizqi tidak mampu berbuat apa-apa dan begitu juga aku.

"Saya percaya kita dah selesai di sini. Terima kasih atas kerjasama encik berdua." Pengawal tersebut memberikan sepatah dua kata sebelum berlalu pergi bersama rakan sekerjanya.

Rizal pula membawa Rizqi pergi jauh dari aku. Tinggallah aku seorang diri di sini. Kaku. Kelu.

Tangan aku terangkat. Cuba menggapai kelibat Rizqi yang semakin mengecil. Aku dapat melihat si kecil itu menoleh buat kali yang terakhir sebelum dibawa pergi.

"Rizqi.." Rintih aku perlahan.

"Rizqi.." Air mata mula mengalir perlahan.

"RIZQIIII!!"

Ini benar-benar sedang terjadi ke?

  _______________ ❤️ _______________

"RIZQIIII!!"

Aku terus terduduk. Aku toleh ke sebelah. Rizqi masih dalam posisi baring namun dia sedang melihat aku. Barangkali dia terjaga dek kerana jeritan aku tadi. Aku meraup wajah.

Aku memandang semula Rizqi.

"Abang mimpi pasal Rizqi ke?" Suara si kecil itu kedengaran serak. Suara baru bangun tidur orang kata. Aku mengangguk.

"Sedih ke?"

Ha?

"Tu air mata." Rizqi duduk. Tangannya bergerak mendekati mata aku. Dia mengesat lelehan air mata. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah aku. Hembusan nafas si kecil itu terasa hangat di wajah aku.

Usai sahaja dia selesai mengesat air mata aku, aku terus memeluknya.

"Rizqi jangan tinggalkan abang tau."

Rizqi sedikit terpinga-pinga sebelum dia membalas kembali pelukan aku.

"Okay."

"Janji?"

"Ye janji."

Aku tergelak kecil. Rizqi juga turut tergelak. Kalau mimpi tadi macam ni kan bagus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience