6.5

Other Series 3806

Perspektif Rizqi :

Imbas Kembali

Hari ini agak pelik. Tak macam sebelum-sebelum ni, ibu dengan tiba-tiba membawa aku keluar. Aku tak tahu sama ada ia perkara yang baik atau bukan.

Mulut aku bergerak-gerak nak cakap sesuatu tapi aku takut ibu pukul kalau aku bercakap. Jadi aku hanya diam sahaja.

Walaupun begitu, layanan ibu pada aku masih sama. Memandang muka aku pun dia tak ingin. Aku menoleh, menatap wajah ibu. Dia sedang leka bermain dengan telefon. Aku menatap wajah itu. Wajah seorang ibu.

Walaupun ibu selalu memukul aku, tapi ibu tetap ibu.

Setelah 20 minit berjalan kaki, akhirnya kami sampai di pasar malam. Ibu membawa aku masuk ke tengah-tengah kawasan pasar malam. Agak sempit kerana ramai orang pada tika ini. Apabila sudah agak jauh dari jalan masuk, aku berhenti dan menoleh.

Ibu sudah tiada!

Aku mulai cemas. Aku takut. Walaupun ibu selalu pukul aku, tapi aku lebih percaya ibu daripada orang lain. Ayah! Aku perlukan ayah.

Air mata mula bertakung di tubir mata. Tidak lama masa yang diambil untuk ianya mengalir deras ke pipi.

"Ayahhhhh......" Tangis aku sebelum ada seorang lelaki menghampiri aku dan...

_______________ ❤️ _______________

Kertas lukisan itu aku pegang erat dan peluk. Gambar seorang lelaki memeluk seorang kanak-kanak.

Sudah masuk hari kedua aku tinggal serumah dengan abang Haiqal. Dia lah yang menjaga aku setelah menjumpai aku di pasar tempoh hari. Dia juga ada mengajar aku tentang beberapa perkara. Cuma aku tidak pasti sampai bila dia akan menjaga aku.

Aku masih berdolak-dalih untuk kembali pada ibu dan ayah. Aku masih sayang mereka. Aku juga takut kalau ayah tidak lagi sayang pada aku kerana aku tidak memberikan sesuatu yang diinginkan. Aku tak mahu dibenci ayah. Cukuplah ibu seorang yang membenci aku.

_______________ ❤️ _______________

"Abang janji. " Bisikan tersebut bergema di kepala aku. Bunyi dentuman guruh yang kuat kian memudar dek ungkapan tersebut.

Aku memeluk abang Haiqal seerat-eratnya seolah tak mahu dilepaskan. Dia membalas kembali pelukan tersebut.

Aku akan memegang pada janjinya itu. Janji untuk tidak meninggalkan aku. Pelukan abang Haiqal yang mehangatkan tubuh membuatkan aku terbuai dalam lena. Otak semakin letih dan kepenatan membuatkan aku terus tertidur di dalam rangkulannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience