3

Other Series 3806

"ABANG.. Abang.. Abang" Rizqi memanggil-manggil. Pada ketika ini, aku sedang melakukan tugasan di dalam laptop. Kami pun baru sahaja selepas menunaikan solat Maghrib.

"Ya, adik?" Balas aku. Jari masih ligat menaip di papan kekunci.

  "Apa nama abang eh?" Soal Rizqi.

  Aku menolehkan kepala. Memandang Rizqi.

  "Aik. Baru nak tanya?" Soal aku pula. Rizqi tersengih.

"Rizqi ada ingat nak tanya. Tapi terlupa" Rizqi menggaru-garu kepalanya.

Aku menggeleng-gelengkan kepala.

  "Ha, apa nama abang?" Soal Rizqi sekali lagi.

  "Nama abang Haiqal." Balas aku.

  Rizqi diam. Entah apa yang dia buat lepas tu. Dia keluar dari bilik aku. Mungkin membuat lawatan bilik ke bilik. Seketika kemudian, kanak-kanak berusia 8 tahun itu masuk ke dalam ke bilik aku semula.

  "Abang.. Abang.. Abang" Panggilnya lagi. Aku pun menoleh sekali lagi. Haih la budak seorang ni.

  "Ya?"

  "Abang suka warna apa?" Soalnya.

  "Hmm.. Kenapa nak tahu?" Soal aku balik.

  "Tak boleh ke nak tanya? " Rizqi membuat muka yang comel. Aku geram melihatnya jadi aku mencuit hidung Rizqi. Dia cuba mengelak namun tak berjaya.

  "Kalau macam tu, abang tak nak jawab boleh?" Usik aku pula.

  Rizqi membuat muka. Seakan nak merajuk.

  "Alah.. Jawab jelah" Wajahnya muram. Kesian pula aku tengok.

  "Tak nak." Tapi aku masih mahu menyakatnya.

  "Kalau abang tak jawab, adik-" Bicaranya aku potong.

  "Ha, adik nak buat apa?"

  "Adik tak nak kawan abang. Werk." Rizqi menjelirkan lidahnya pada aku. Kemudian, dia memeluk tubuhnya membelakangi aku.

  Aku biarkan keadaan kekal begitu untuk seketika. Aku menyiapkan kerja yang tergendala. Selesai sahaja tugasan aku, aku mendekati Rizqi. Tubuh kecil itu aku dakap dari belakang.

  "Biru." Ujar aku perlahan.

Rizqi diam tak berkutik.

  "Abang suka warna biru. Rizqi?"

Dia masih diam. Merajuk lagi ke? Tak berlengah aku terus mengeletek tubuhnya. Meledak tawa si comel itu. Dia cuba menghalang namun tak berjaya. Dan tiba-tiba..

  "Huwarghh..."

  Dia menangis. Aku cemas.

  "A.. Adik. Kenapa menangis ni?" Soal aku tak mengerti.

  Rizqi tak menjawab. Dia menjauhi aku. Aku cuba mendekatinya namun dia pantas berlari keluar dari bilik aku.

  Rizqi masuk ke dalam salah sebuah bilik yang terdapat dalam rumah aku. Kemudian, dia mengunci pintu dari dalam.

  Aku terus dilanda bimbang dan gusar. Apa yang aku dah buat? Apa salah aku?

Aku meraup wajah.

_______________ ❤️ _______________

Buntu dengan masalah aku, aku menelefon kawan baik aku, Radin.

  "So, kau syak budak ni kena dera dengan mak bapa dia?" Radin menyoal dari dalam talian.

  Aku mengangguk.

"Qal?" Soal Radin apabila tidak menerima respon aku. Aku tersentak. Baru teringat kami sedang berbual di telefon.

  "Haah, to be precise, aku syak mak dia dera fizikal dan bapa dia dera seksual" Balas aku.

  Kami berjeda seketika. Mungkin apa yang aku katakan tadi terlalu ekstrem untuk kami berdua.

  "Tapi, buat masa sekarang ni, bukan pasal tu yang aku nak cerita." Ujar aku mencelah kesepian yang tiba-tiba bertandang.

"Dah tu kau nak cerita pasal apa?" Soal Radin pula.

  Aku menarik nafas.

"Macam ni..." Aku mula menceritakan perkara yang terjadi sehinggalah pada saat Rizqi menangis dan menjauhi aku.

"Patutlah.." Radin bergumam. Aku mengerutkan dahi. Apa yang patut? Entah kenapa, dia marah aku selepas tu.

  "Bodoh lah kau ni, Qal."

  Erkk, apa hal mamat ni?

  "Sia-sia je jadi student top 10 dalam kelas. Kau syak dia kena dera, kan?"

  "Ha, jadi?" Aku keliru.

  "Takkan tak boleh fikir. Kau ada geletek dia, kan?" Soal Radin lagi meminta kepastian.

  "Ya"

  "Maksudnya, kau sentuh badan dia. Kalau betul macam kau kata, bapa dia dera dia secara seksual, maksudnya dia tu sensitif terhadap sentuhan. Lagi-lagi kau tu lelaki." Radin akhirnya meluahkan pendapatnya.

  Aku terpempan. Apa yang aku dah buat ni? Kenapalah aku tak terfikir?

  Gigi aku ketap.

" Ha, ketap gigi lagi. " Ujar Radin yang dah tahu habit aku.

" Aku ingat kitorang dah rapat. " Rintih aku perlahan. Sedih juga bila Rizqi masih belum percayakan aku.

"Naifnya kepala otak kau. Kau kenal dia sehari pun tak sampai lagi." Radin menempelak aku.

  Aku meraup muka.

  "Radin, apa patut aku buat?" Soal aku.

  "Kau ni. Asyik tanya aku je. Cuba fikir sendiri." Ujar Radin.

  Aku tergelak. Memang selalunya begitu.

  "Alah, aku kan pelajar top 10 je. Kau tu top 2. Aku kenalah tanya kat kau." Balas aku pula.

  "Ceh. Kau biar je dia untuk hari ni. Besok pagi, kau pujuk lah dia." Radin berkata.

  "Tapi, nak pujuk macam mana?" Soal aku lagi. Resah.

  "Haish kau ni. Macam ni.." Radin mula menceritakan rancangannya.

_______________ ❤️ _______________

  Perspektif ketiga :
 
  KETUKAN di pintu menyentak lamunan Rizqi. Dia menoleh.

  "Adik.. Buka pintu ni." Pinta Haiqal di sebalik pintu. Nadanya kedengaran separa merayu.

  Namun, Rizqi berasa gentar untuk membuka pintu. Entah apa yang lelaki itu akan buat pada dirinya. Dia memeluk tubuhnya seolah-olah dia kesejukan.

  "Adik.." Suara Haiqal kedengaran lagi. Rizqi menutup kedua-dua belah telinganya.

  "Rizqi.. Abang minta ma-" Suara Haiqal kian memudar sebelum kanak-kanak itu terbawa dalam lamunan silam.

  "Rizqi?"

  Dia menoleh. Ayahnya memberikan sebuah senyuman padanya. Perlahan-lahan Rizqi dihampiri ayahnya. Dia dipeluk.

  "Ayah!" Ujar Rizqi ceria.

  "Rizqi okay hari ni?" Soal ayahnya. Kepalanya diusap-usap. Rizqi suka usapan ayahnya. Tangan ayah terasa suam.

  Rizqi angguk sebagai respon soalan ayahnya.

  "Emak ada pukul Rizqi tak?" Soal ayahnya lagi.

  "Tak ada." Jawab Rizqi.

  "Betul ni?"

  Rizqi angguk lagi.

  "Bagus lah kalau macam tu. Ni ayah ada beli air jus untuk Rizqi." Ayah menghulurkan air tin yang sudah dibuka kepada Rizqi.

  Air tin tersebut diambil oleh Rizqi. Usai sahaja dia meminum air tersebut, kepalanya terasa ringan. Matanya mulai memberat.

  Tangan ayah yang memeluknya mula menjalar ke seluruh tubuhnya.

  "Ayah nak bagi Rizqi hadiah lagi hari ni. Tapi kali ni special." Bisik ayah ke dalam telinganya. Tangan lelaki tua itu terus menjalar menodai tubuh si kecil itu.

  "Ayah letak ubat tahan sakit supaya Rizqi tak sakit bila ayah bagi hadiah tu nanti" Ujar ayah sambil membuka kancing seluarnya.

  Dalam keadaan separa sedar, Rizqi merasai setiap perbuatan ayah padanya. Tanpa rela, dia dicabul ayah sendiri.

_______________ ❤️ _______________

RIZQI terjaga daripada lenanya. Dia melihat sinar rembulan yang menerobos masuk ke dalam biliknya melalui tingkap. Kelam.

  Budak lelaki itu melihat ke sekeliling bilik itu. Ini bukan bilik di rumahnya. Dia segera cuba mengingati tempat ini.

  Pandangan Rizqi teralih pula pada sekeping kertas yang berada berdekatan dengan pintu. Rizqi segera menghampiri kertas itu dan mengutipnya.

  Ada sebuah lukisan berserta dialog pada kertas itu.

  Dia cuba membacanya. Haiqal telah mengajarnya serba sedikit. Terkial-kial si comel itu cuba mengingatinya.

  "A.. Aba.. ang.. mmi..min..minta.. ma..ma..af" Tergagap dia membacanya.

"Oh. Abang minta maaf." Ulang Rizqi sekali lagi dengan lancar.

_______________ ❤️ _______________

"Oh. Abang minta maaf."

Suara si kecil itu menyapa telinga aku. Semalaman aku menunggu di situ. Senyuman kecil terlakar di bibirku.

God, I love him.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience