4

Other Series 3806

Aku - Radin! Rancangan kau berjaya.

Baguslah kalau macam tu. - Radin

Aku - Terima kasihlah sebab bagi idea. Kalau tak sampai sekarang tak habis dia merajuk. T_T

Sekarang dia dah tak merajuk en. So, gunakan peluang ni untuk berbaik dengan dia. - Radin

Aku - Okay

Kau ni dah betul-betul attracted kat dia. - Radin

Haha.. I guess you could say that. - Aku

FON aku matikan. Tubuh kecil Rizqi di sebelah aku pandang. Senyum.

Tubuh kecil itu aku gegarkan. Dah masuk waktu Subuh. Imbasan di awal pagi tadi kembali bermain dalam fikiran.

_______________ ❤️ _______________

Ting! Bunyi notifikasi menyentakkan kantuk aku. Aku menyalakan telefon bimbit.

Done - Radin

Telefon aku matikan kembali. Aku mengeluh. Aku masih menunggu Rizqi terbangun dan melihat lukisan aku itu. Aku mahu tahu reaksinya.

Badan aku sandarkan pada pintu bilik. Aku duduk betul-betul di hadapan bilik itu.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi katil. Rizqi dah bangun ke? Derapan tapak kaki Rizqi kedengaran semakin kuat menghampiri pintu.

Bunyi kertas diangkat kedengaran.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Nervous pula.

  "A.. Aba.. ang.." Suara si kecil itu tergagap-gagap. Aku pun baru ajar dia membaca petang tadi. Dahi aku tepuk. Harap-harap dia faham lah.

".. mmi..min..minta.. ma..ma..af" Okay, dia dapat baca.

"Oh. Abang minta maaf." Ulang Rizqi sekali lagi dengan lancar.

Suara si kecil itu kedengaran merdu di telinga aku. Semalaman aku menunggu di sini. Tak sia-sia. Senyuman kecil terlakar di bibirku.

God, I love him.

Bap!

"Aduh" Aku memegang belakang kepala. Aku terbaring penuh apabila pintu dibuka dari dalam. Akibatnya kepala aku terhantuk ke lantai.

"Abang? Abang okay tak?" Soal Rizqi sebaik sahaja menyedari keberadaan aku di sini.

"Abang okay. Cuma kepala sakit sikit" Balas aku.

Rizqi angguk sebagai respon. Selepas itu, dia diam agak lama. Hinggalah aku memecahkan kesunyian.

"Rizqi okay?"

Budak lelaki itu diam. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi.

"Abang tak tidur ke?" Dia bersuara.

Aku mengangguk.

"Abang tunggu Rizqi ke?" Soalnya. Seperti rasa bersalah.

"Haah" Balas aku.

"Mesti abang mengantuk. Jom kita tidur." Ujar Rizqi sebelum berlalu pergi menuju ke dalam bilik aku.

Aku hanya memerhatikan langkah si kecil itu.

Kejap. Kita?

_______________ ❤️ _______________

USAI mengambil wudhu', aku mengejutkan Rizqi untuk ke sekian kalinya.

"Adik.. Adik. Solat jom." Ujar aku. Badannya aku gerak-gerakkan.

Namun, usaha aku gagal apabila Rizqi terus menarik selimut menutupi tubuhnya. Keluhan aku lepaskan.

Tak apalah. Dia pun budak lagi. Aku terus berlalu pergi untuk solat.

_______________ ❤️ _______________

" ABANG.. tolong lapkan" Rizqi bersuara manja. Tuala di tangannya dihulurkan.

  Aku menoleh.

"Adik kena belajar lap sendiri. Untuk keselesaan adik juga. Jadi, mulai hari ni, abang takkan lapkan" Aku menolak.

Baju t-shirt milikku diletakkan berdekatan dengan Rizqi.

  "Dah lap kering-kering. Pakai baju ni. Baju Rizqi yang semalam masih kat ampaian. Petang nanti dah kering baru boleh pakai. Pastu, nanti kita beli baju baru untuk Rizqi" Selepas berucap panjang, aku berlalu pergi ke ruang tamu.

Beberapa minit kemudian, Rizqi tiba di ruang tamu dalam pakaian aku. Terhibur hati aku melihat pakaian tersebut yang terlebih saiz.

"Kenapa abang senyum-senyum macam tu?" Soal Rizqi. Dia kelihatan tidak puas hati dengan reaksi aku.

"Eh, takkanlah abang nak senyum pun tak boleh?" Aku membalas kembali soalannya.

"Adik tak kata pun tak boleh. Tapi, takkan abang senyum tanpa sebab." Rizqi masih mahu jawapan daripada aku.

"Tak ada apalah. Abang senyumlah sebab Rizqi tak merajuk lagi. Mari sini." Ujar aku seraya memanggilnya mendekati aku.

Rizqi menghampiri aku. Tapi, kali ini dia memastikan ada jarak di antara kami.

"Abang minta maaf pasal semalam." Ujar aku. Meminta kemaafannya.

Rizqi hanya menunduk memandang kakinya.

"Adik maafkan tak?" Soal aku lagi.

Senyap.

Terasa nak marah pun ada apabila kata-kata aku dibiarkan sepi begitu. Namun, aku cuba untuk bersabar.

"Rizqi!" Ujar aku.

Rizqi kelihatan tersentak. Dia memandang aku.

"Ya, bang? Ada apa?" Soalnya polos.

"Abang minta maaf ni. Adik maafkan tak?" Aku mengulangi semula pemohonan maafku.

Rizqi kelihatan teragak-agak untuk menyatakan sesuatu. Namun, dia kelihatan mencuba untuk sampaikan apa yang terbuku dalam hatinya.

"A.. Adik tak biasalah orang minta maaf dengan adik. Jadi.. Erm.. adik.. macam mana nak cakap eh?" Semakin lama suara Rizqi semakin perlahan dan dia mula bercakap dengan diri sendiri. Aku tergeleng kepala.

"Adik rasa marah lagi tak kat abang?" Aku menyoalnya.

Rizqi berhenti berbisik seorang diri. Dia menggeleng sebagai jawapan kepada soalan aku tadi.

"Adik masih merajuk dengan abang lagi ke?" Soal aku lagi.

Rizqi geleng lagi.

"Betul ni?" Aku meminta kepastian.

Rizqi angguk pula.

"Kalau macam tu, maknanya adik dah maafkan abang lah. Sekarang ni, apa yang adik perlu buat adalah adik kena cakap yang adik dah maafkan abang."

Rizqi memandang aku sambil terangguk-angguk. Pastinya dia cuba menghadam setiap butir bicara aku.

"Okay. Adik maafkan abang." Ujar Rizqi. Kemudian, dia senyum.

Aku membalas senyumannya.

_______________ ❤️ _______________

Hujan lebat pada petang itu menyebabkan rancangan aku terpaksa dibatalkan. Kilat saling sabung-menyabung dan guruh berdentam-dentum memekakkan telinga. Tak dapatlah baju baru untuk si kecil itu dibeli.

Pada ketika ini, aku sedang menyiapkan tugasan yang diberikan padaku di laptop. Kali ini kelibat Rizqi tidak kelihatan di mana-mana. Aku berhenti menaip untuk seketika. Kepala aku tertoleh mencari kelibat budak 8 tahun itu. Tiada. Aku menyambung semula kerja aku.

Apabila kerja yang aku buat sudah siap separuhnya, aku membuat keputusan untuk mencari Rizqi. Pelik juga dia tidak keluar berjumpa aku walau sekali. Ke dia tertidur?

Aku terus menuju ke dalam bilik aku. Tiada kelibat si kecil itu. Semua bilik aku periksa. Tiada!

Sehinggalah aku masuk ke dalam bilik yang paling jauh daripada ruang tamu dan agak terpencil. Aku menemui Rizqi di situ. Dia sedang mencangkung sambil menutup telinganya dengan mata  terpejam.

Aku melutut di hadapan Rizqi

"Rizqi, kenapa ni?" Soal aku.

Rizqi membuka mata. Wajahnya diangkat dan aku dipandang.

"Adik takut guruh." Ujarnya.

Dum!

"Arghhhh!" Jeritnya. Tangan aku pantas dipegang.

"Kenapa tak bagi tahu awal-awal?" Soal aku tak puas hati.

"Tak sempat nak bagitahu. Abang pun tak tanya." Balas Rizqi. Nadanya terketar-ketar.

Dumm! Damm! Dumm!

Guruh kembali berdentam-dentum. Namun, kerana bilik ini agak jauh dari ruang tamu, bunyi itu tidak terlalu kuat. Tidak seperti di ruang tamu yang bersambung dengan beranda.

" A.. Abang.. Takut." Ujar Rizqi. Tangannya memegang erat tangan aku. Seolah tak mahu melepaskan.

Aku menarik Rizqi ke dalam rangkulan aku. Dia tidak membantah kali ini. Aku memeluknya erat.

"Jangan takut. Abang ada." Bisik aku ke telinganya.

Dumm!

"Warghhh!" Rizqi terjerit kuat. Pelukan aku dibalas dan dieratkan lagi olehnya.

"Shh.. Jangan takut. Guruh tu tak boleh apa-apakan Rizqi. Abang ada kat sini." Pujuk aku.

"A.. Abang jangan tinggalkan adik tau." Nadanya kedengaran mengharap.

Aku menggeleng kepala.

"Abang takkan tinggalkan adik" Lafaz aku.

"Janji ni?" Soalnya.

"Janji." Lafaz aku lagi.

Kami terus saling berpelukan menunggu hujan reda dan membawa pergi guruhnya. Mata terpejam erat.

"Abang janji." Bisik aku perlahan.

Share this novel

Rosemierra
2022-02-05 10:22:31 

good luck 4 u :)


NovelPlus Premium

The best ads free experience