13.5

Other Series 3806

KEADAAN biasa bagi Haiqal dan Rizqi apabila seharian di rumah.

Perspektif Rizqi :

"ESOK ada temu janji pasal Rizqi. Lepastu kena pergi sana pulak and then.."

Suara abang membuatkan aku tersedar dari tidur. Mata aku celikkan sedikit. Tak nak abang tahu yang tidur aku terganggu sebab dia. Nanti dia rasa serba salah pula. Selalunya begitu lah.

Dari celahan mata yang terbuka sedikit, aku dapat melihat abang menaip sesuatu di telefonnya. Barangkali menulis nota. Wajahnya kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu. Atau cuba mengingati sesuatu.

Tiba-tiba, dia menoleh ke arah aku. Aku menyepetkan mata. Pun begitu, aku masih dapat melihat wajah abang. Tapi, pada pandangan abang, aku pasti kelihatan sedang tidur seperti biasa. Aku harap begitulah.

Tangan abang yang sedikit dingin terasa mengenai pipi aku. Hati aku sedikit berbunga. Kalau lah dia buat macam apa yang aku buat masa dia tidur. Tangan abang kini mengusap rambut aku pula. Lembut sahaja belaiannya. Ingin aku tersenyum tapi memandangkan posisi aku yang sedang berpura-pura tidur, terpaksalah aku tahan.

"Abang minta maaf kalau apa yang kita buat besok bakal menyakiti Rizqi. Tapi abang harap Rizqi tahu apa yang abang buat adalah untuk kebaikan Rizqi. Abang sayang Rizqi." Bisik abang perlahan.

Kalau dalam cerita kartun, barangkali wajah aku sudah merah dan keluar asap dek kerana rasa malu bercampur gembira.

Esok? Ada apa hari esok? Fikir aku sendiri.

Oh. Besok merupakan hari temu janji yang telah ditetapkan oleh abam polis hari tu.

Tiba-tiba rasa takut menjalar. Entah kenapa. Aku cuba membuang ingatan itu daripada minda. Mata aku pejam serapat-rapatnya. Dalam cubaan melupakan ingatan ngeri, aku tertidur kembali.

_______________❤️_______________

"ADIK, jom solat Subuh."

Suara abang kedengaran lembut menyapa. Lembut yang aku maksudkan bukan suaranya melainkan nada. Macam muzik yang beralun membuai perasaan orang yang mendengarnya.

Tangan abang menggerak-gerakkan tubuh aku. Aku membuka mata. Anak mata aku memandang wajah abang.

"Jom." Ujar aku.

Abang tersenyum senang.

Kalau masa awal-awal dulu, aku agak liat untuk bangun. Tapi, setelah agak lama duduk bersama, perlakuan abang semakin selalu aku ikut.

Dari apa yang aku tengok pasal abang, aku dapat tahu yang dia ni jenis jaga solat, sensitif tapi kadang-kadang lambat perasan dan seorang yang kemas. Tapi itu cuma berdasarkan apa yang aku perhati lah.

Selepas solat Subuh, abang suruh aku tunggu di ruang tamu sementara dia menyediakan sarapan pagi. Tak banyak bantah, aku akur saja. TV aku buka.

Tak ada langsung rancangan kartun pagi-pagi macam ni. Cuma ada rancangan agama dan berita serta beberapa rancangan yang aku tak faham. Aku menutup TV. Keluhan aku lepaskan.

Berbelas minit berlalu sebelum abang keluar daripada dapur. Di tangannya terdapat dulang yang berisi pinggan dan cawan. Di dalam tersebut terdapat roti yang di sapu perasa. Ada beberapa perasa seperti strawberi, kaya dan coklat. Dalam cawan pula terdapat air milo o panas.

"Kenapa tak buka TV?" Soal abang. Dia sedar yang aku pasti kebosanan.

"Tak ada cerita best." Balas aku.

"Oh pagi-pagi memang macam tu. Dah mari sini, makan." Abang mengajak aku ke meja makan. Aku bangun dan menuju ke sana.

_______________❤️_______________

SEJAK kejadian mandi bersama semalam, aku perasan yang abang sedikit malu apabila melihat aku tak berbaju. Senyuman aku tersungging. Tak tahu kenapa. Tapi aku suka melihat reaksi abang yang begitu.

"Rizqi, pergilah mandi cepat." Ujar abang, menggesa aku untuk mandi. Pada ketika ini, aku tak memakai baju dan hanya berkemban dengan kain tuala.

"Kejap. Bagi adik habis tengok video ni dulu." Balas aku yang sedang melihat video yang sedang dimainkan melalui telefon yang dipegang oleh abang.

Tapi sebenarnya aku tak tengok video tu pun, mata aku lebih pada nak melihat reaksi abang. Suka pula aku tengok dia dalam keadaan di luar norma itu. Kerana abang selalunya tenang dan santai. Jadi, situasi yang satu ini agak jarang untuk dilihat.

Aku perasan abang cuba untuk menjeling melihat aku. Tapi, aku pasti dia menahannya sendiri.

Video habis dimainkan.

"Dah. Pergi mandi, Rizqi." Abang mengarahkan aku. Pandangannya langsung tak tertuju pada aku.

Tidak berdalih, aku membuka langkah untuk ke bilik mandi. Senyuman aku ukir lagi. Hati terasa senang melihat abang sebegitu rupa. Entah kenapa. Aku tak pasti kenapa aku rasa begini. Tapi menurut abang, lelaki dengan lelaki hanya ada rasa sayang dari segi sahabat, keluarga dan adik-beradik. Lebih dari itu, haram hukumnya. Dan haram itu adalah sesuatu yang dilarang tuhan!

Tapi, apa yang aku rasakan ini kategori yang mana? Aku keliru sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience